Tuesday, February 26, 2013

Warkah Yang terSepit bawah dapur PART 9


Surat ini ditujukan khas buat kekandaku,
Maafkan adinda ya kekanda, Adinda hanya ingin cuba untuk meluahkan isi hati adinda yang sudah berdekad zaman disimpan, kemungkinan sudah boleh jadi tapai pula kalau disimpan dengan lebih lama lagi. Adinda berharap kekanda tak keberatan untuk mengisi ruang masa kekanda yang memang senantiasa lapang untuk membaca nota hati adinda ini.

Duhai kekandaku yang kukasihi,
Yang jauh dimata tapi dekat didasar hati adinda yang tidak berapa suci lagi kecil molek ini. Seperjauhan kita selama mampir dua purnama buat adinda terngiang-ngiang wajah kekanda didalam beradunya adinda. Hanya itu sahaja yang senantiasa bermain-main dan membuai lena adinda sehingga matahari tegak diatas kepala… krek krek krek -.-“ (ini hanya hiperbola prosa kata, ARAHAN KERAS: tolong jangan percaya). Adinda juga telah cuba pelbagai perkara daripada membiarkan Kekanda menyerap masuk dalam mimpi adinda tapi kekanda tetap masuk jua. Pelbagai kuak tidur cuba adinda tempis agar kekanda tetap tiada dalam mimpi adinda. Kuak katak, kuak terterap, kuak lentang serta tidak lupa pada kuak kupu-kupu, Adinda tetap kalah berlawan dgn Kekanda dalam mimpi Adinda. Kekanda, kenapa kekanda suka benar datang ke dalam mimpi Adinda? Kekanda rindu kan adinda juga ke? Alah kekanda janganlah begitu, Malu pula rasa hati adinda disini…hikhikhik ^_^

Kekandaku,
Adinda sebetulnya tidak dapat lagi memendam rasa kerinduan adinda terhadap kekanda. Sudah lama adinda tidak bertanya apa-apa pada kekanda. Adinda juga sudah lama tidak membebel ditelinga kekanda. Malahan adinda juga sudah lama tidak memaki hamun kekanda. Adinda amat merindui masa kita, wahai kekandaku yang kusayangi. Jadi hari ini, dan saat ini, adinda ingin mengambil kesempatan untuk bertanya segala-galanya pada kekanda yang amat adinda cintai…

Apa khabar duhai kekandaku? Kekasih jiwa hatiku intan payung paku ulam pegaga. Agak lama juga sebenarnya dalam perkiraan adinda yang kita sudah lama tidak bercakerama dibawah matahari yang amat Terik lagi memedihkan negeri diBawah Bayu. Kekanda masih lagi merantau mencari pengalaman yang hilang ke? Adinda berharap kekanda temui apa yang telah kekanda idamkan selama ini. Dalam Doa adinda tetap ada kekanda. Dan tetap akan selamanya ada kekanda.

Duhai kekandaku perwiraku,
     Adinda ingin benar bersua muka dan bertentang mata dengan kekanda. Harapan adinda, yang kekanda masih punya sedikit masa terluang untuk kita cuba bersama membuat muka teghuk di hadapan lensa kamera dan yang mengindahkan lagi suasana iaitu ditemani bersama dengan cahaya bulan malam dan angin sepoi-sepoi bahasa dari lautan biru di Pulau Mutiara. Kalau kekanda tidak keberatan, kekanda lekas-lekas lah beritahu adinda. Biar adinda cuba pula curi masa adinda demi kanda. 

Kanda, kanda, erm rasanya cukuplah sampai sini sahaja surat adinda bermadah. Adinda takut pula rahsia adinda jatuh ke tangan ayanda dan bonda. Mereka agak garang dan tegas juga sejak kebelakangan ini dengan adinda. Mungkin kerana mereka sayang dan risau pada apa yang bakal terjadi pada dinda. Seperti yang kanda tahu dan sedia maklum, adinda ini nakalnya tak terbelah bahagi dan agar sukar dikawal, tapi kanda jangan risau ya. Dengan IzinNya, pasti tiada apa yang berlaku kalau kita sentiasa bertingkahlaku baik dalam redhaNya.

Nampaknya terpaksa juga dinda berakhir disini, 

Salam Sayang dari adinda buat kekanda yang jauh hanya dimata tapi senantiasa dekat dihati,
Puteri Bangi, Aisyah aka ECAH aka ASH aka MEKCAH aka CHARLEE aka erm cukup dah kot! Toksah nak banyak2 sgt la kan….^_^

Muah xoxo, p/s: I love you

Ok tu je kot! Chou~~

p/s - just a joke story :p 

2 comments:

  1. ohooo..ini kan warkah tersepit bawah dapur yg ko bgtau dulu..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ada aku bagitahu sape-sape ke sblum ni? hew hew hew. ni mmg tersepit bawah dapur weyh, mmg tersepit habis :)

      Delete

terima kasih diatas sokongan anda