Itu hari guwa balek kampung, ada kenduri aqeqah
sepupu aku yang ke-21. aku ulangi, yang ke-21.
Bilalah aku nak ada anak saudara sendiri pulak ni ek? hehe. :P Jemputan
semuanya kawan-kawan opahlah yang datang. Kami buat kenduri itu sempenakan aqeqah
plus kenduri opah nak pergi umrah. Lembu
tumbang berapa banyak guwa tak hengat la pulak. Tak peduli pun, hehe sebab sup daging
dia terlalu amat sedap. So, bila makanan tu dah sedap, tak perlulah kita berkira
sangat pasal makanan dan seharusnya kita perlu terus makan dan makan dan makan
dan makan sampai kenyang. hehehe.Walaupun hakikat berat aku hanya 37.8kg sahaja
dan BMI dalam 16.0++ giteeww +.+ sadis giler BMI aku, underweight habis. hehe
ok!! fullstop. takat sini je citer
pasal kenduri yang aku nak ceritakan.
ok so this is my storyyyyyyy.... ngeh ngeh ngeh.
Itu hari juga iaitu bertarikh hari Sabtu, 11.Mei.2013.
maklong kita a.k.a mak saudara a.k.a Dr. N kita mintaklah mengurut
dengan mak BIDAN a.k.a maklong S yang namanya maklong jugak. Dan
haruslah dia ni mak bidan merangkap seorang nurse kat klinik kat kampung kita
dan jenis sangat suka merantau katanya. orang-orang tua kalau jenis yang
merantau ni kebiasaannya, ilmu didada sangatlah banyak dan tak segan silu nak
berkongsi cerita dengan rakyat jelata, waiseh!! haha. Dia siap cakap lagi yang
dia pernah travel sorang-sorang naik motor
pergi Johor dan pergi Kelantan. WOW. Ok =.=’’ terkejut aku dengar. Canggih~ dan
dahsat! :P
So disebabkan mak sedara kita ni lenguh-lenguh,
sengal-sengal, sakit-sakit, dia pun mintaklah mengurut kat mak bidan tu selepas
solosai kenduri itu hari. hehe. Kita tengok punya tengok punya tengok. Mak long
kita duk jerit "adey dey dey dey aaaadeyyyyyyyyy!!!" hahahaha. Eh! Kita
pun macam excited jugak nak kena urut. Tau dah awal lagi mesti sakit punyalah
bila kena urut nanti. Tapi sebab hati ini saje nak meghasa jugak urutan
refleksologi yang SEBENAR. hahahahaha (kaw punya berani). so CABARAN DISAHUT!!..(waiseh!) :D
So, actually lepas maklong kena urut, sepupu kita
pulak mintak, so kita ni kira round ketiga la makbidan tu tolong urutkan. hehehehe
:) kita tunggu je ler, lek dah. Bukan nak kejor apa pun kan time tu. So, enjoy
tgk mak long dan kaklong (sepupu kita tu) borak2 ngan mak bidan. Siap cerita masuk
politik isu bagai. (hebat maklong ni!!) :) kalah pemuda pemudi yang ada
internet. Cerita pasal cincin Rosmah yang 24juta tu lah! Hahahahaha~ :D
p/s - makbidan a.k.a
maklong siap promote page facebook
dia lagi bagai. perrrrghhhhh~ hahahahahahaha... umur maklong S lingkungan
50-60 rasanya, sebab katanya dah pencen jadi nurse tu ;)
Sementara tunggu kaklong a.k.a sepupu kita yang
mintak urut sebab tangan dia ada masalah sikit. So, teruskan berborak dgn
maklong. Kita dengar and sekali-sekala cerita lah jugak bahagian mana-mana yang
kita tahu. J
So, maka siaplah kaklong kita tu mengurut,,,,,,
Kita mintak maklong urut leher dan pinggang sahaja sebenarnya, sebab
leher kita memang sakit urat lama sudah, kita kena time waktu form 5, kunun
rajinlah sangat basuh kain sampai urat tegang bagai.. tapi memang weyh sakit.
sampai laaaa niii duk sakit tengkuk. Ntah hape-hape je. urut sendiri tak baik, mintak
kawan yang pandai urut pun tak baik juga, So, kira jumpa maklong ni bertuah lah
sebenarnya, dapat jugak rezeki mengurut
satu badan. Memang lepas nih kalau badan sakit, memang terus kena pergi spa or
whatsoevah places yang ada. J
Kita mintak izin siap "maklong boleh tak
lepas ni nak kena urut jugak?"
Dia pun jawab "ok, bolehhhhh"
panjang je boleh dia, siap senyum lagi.
So, kita pun suruh lah dia mengurut kita kat
bahagian tengkuk and pinggang. haaaa, kunuk kuat lah sangat kerja sampai
pinggang pun sakit, maklong siap cakap lagi "ni mesti lama sangat
duduk hadap komputer"
Eh!!, macam tahu2 je maklong ni. hahaha memang betul
pun, 24/7 depan laptop, mana tak nye. Tapi aku suka maklong sebab dia tak cari
kesalahan aku masa tu, dan dia tak membebel. perghhhhh dia urut memang best! wa cakap sama u'olls, sekejap je dia
pegang tengkuk aku tang yang ada problem tu terus aku sendiri pun dapat rasa
tang hat yang bagi penyakit kat aku tu. Terasa keras darah yang tak berjalan dekat
leher aku tu, segheyesly. Urut sekejap je kat situ dan lembut-lembut je maklong
buat bagi darah kat leher situ pecah dan bagi elok balek laaa kiranya..and and
and ALHAMDULILLAH, ok baik!. :) :)
Ok then next, kat pinggang jugak. kat pinggang dia
urut sat ja sebab tak dak menda Cuma dia kata kat aku tulang renggang. Haaa?? Camne
tu? And then dia suruh aku buat senaman ulat bulu. Haaaaa?????? CAMANE TU. Ah lantak
nanti aku cari dalam google kalau ada. Hahaha. And then and then and then dia
suruh aku baring. naaaaaaaaa~ habaq maiii kaw piaw. lepas pinggang tang pinggul
pulak, bapakk kat sini dia urut sikit je..sakit dia?????? melalak aku. haha
"adoi adoi adoii adddooooooiiiiii!!! sakitnye
maklongggggg!!!!!!" hahahahaha maklong gelak jugak. Dia jawab "banyak
toksik ni aisyah"
And then aku tanya lah "Ada darah tak
berjalan ke kat situ, maklong?". Dia jawab "Bukan darah
tak berjalan, urat semua elok,tapi toksik ja duk kumpui ni, tu yang aisyah
terasa kesakitan yang amat dia tu", Aku pun bila maklong cakap
camtu "owwwwhhhhh, yeke...." punya panjang owh aku sambil
tahan sakit dan gigit baju sebab tak nak jerit punya pasal. Hehe. And then,
maklong sambung urut dekat betis aku pulak yang memang kesakitan dia yang DAHSYATNYAAA ADUUUUHHHHHHH..
**itu semua TOKSIK!! Huh!
So, sambil-sambil duk mengaduhkan kesakitan urutan
yang tak keras langsung sepatutnya, maklong pun sharelah pengetahuan dia, about
khasiat bawang putih yang boleh buang toksik yang ada dalam badan kita
ni..heeee~
tapi TAPI TAPI TAPI.. ada cara makan dia.. haaaa~
(siapa-siapa yang berani boleh try)
- Ok first sekali amik 3ulas bawang putih,
- Kemudian tumbuk bagi hancur
- And then letak 3sudu besar air suam, or air masak sejuk.
- Lepas tu, tapis dulu, bagi dapatkan airnya sahaja..
- Then minum la air bawang putih tu.
- Then BE READY UTK MEMUNTAHKAN SEGALA TOKSIK YANG ADA DARI DALAM BADAN..
- Sila minum air mineral/or air masak sejuk dalam SETENGAH botol 1.5ml tu :) :) :)
Aku
dah try. And yes mmg lepas minum air bawang putih, mmg betui aku throw out
segalanya yang ada dari perut. Benda yang aku muntahkan itu, dia actually the toksik itulah dan segala menda yang kotor
dalam badan kita. Rasa bawang putih, kalau nak tahu boleh cuba, tak rugi
mencuba. hehehehehe best aku cakap sama lu. hehe.
Cara amalan dia, kena amalkan makan bawang putih
extract tu dalam masa 44hari camtu.
Dan bawang putih tu sangat sesuai untuk sape-sape yang nak stabilkan berat
badan, kira bagi ideal la. Yang gemuk jadi kurus dan yang kurus jadi gemuk.
Haha. Banyak actually khasiat dia, dalam 70 jenis kata maklong. Dan menghalau
hantu itu adalah salah satunya. Aku mulanya macam tak percaya, siap tanya "eh?
yeke maklong". "Iya" jawab maklong pendek.
haha.
~~ Good things about orang-orang tua bila kita
bertanya dengan cara baik, mereka tak pandai nak nganjing dan nak
menakut-nakutkan kita. Mereka tell yang the truth. :D ~~
p/s-
#1. untuk maklumat lanjut tentang
bawang putih. Try tanya CIK GOOGLE kiter. Dia pasti sedia membantu 24/7 kalu
line tenet elok. kiki ♥ peace
#2. Tak larat lah pulak nak tulis
panjang-panjang :)
Ok tu je kot! Chou~~
No comments:
Post a Comment
terima kasih diatas sokongan anda