Monday, February 25, 2013

Dewasa : Bahagian 1 - mencari erti

Sungguh lama terbuku...
sungguh lama terkaku…
tetapi masih lagi tidak terbujur…ya!!…-.-'
aku masih belum mati wahai sekalian sahabat yang masih setia menanti walaupun bukan di Seri Menanti..

Lama
ku sepi, hidung tak nampak,
jari tak meng-aktif,
akal tak mencuba untuk memanipulasi kendiri ini…

Ah!
saban hari aku cuba untuk mensiat akal sendiri,
tapi ia kekal kaku..
hanya kaku didalam minda sendiri.
Ku cuba kupas,
ku cuba asing,
ku cuba riaskan agar menjadi satu cereka.. 
satu puitis yang boleh disingkap oleh mata-mata yang mengerti...

Tak...
aku masih tak berjaya..
NTAH!
Mungkin terlalu banyak dikumpul,
terlalu banyak dipikul.
Sehingga ia sudah sebati menjadi padu…
sehingga tidak dapat dicangkul, 

keras! padat!
bercantum bak batu paling panas didalam dasar Bumi…
mana mungkin ada manusia yang mampu utk kedalam sana hanya semata mengkaji kerak padu yang terpanas sekali...

Mencangkir baki-baki cuti yang semakin memendek…
Aku gemar dengan gayaku begini…
kosong, senang, lapang, dan penuh dgn ruang-ruang yang sebesar-besar tanah lapang yang tak berusik…
Bukan ku tidak sudi tanah lapang itu digembur menjadi kebun, atau dipacak menjadi rumah, atau dijual menjadi taman…
akan tetapi kerumitan yang keterlaluan buat ku berhenti seketika… sukun kan buat sementara… 
Biarkan ia kekal lapang, berlalang…
Hanya ku ingin lihat sorotan lanjutan yang terjadi bila diri ini dbiarkan tumbuh meliar…

Ya..
Umur tidak memanjang.
Aku sedar itu…
Aku jelas….

Ya!
Bulan ini mmg bulan bertuah ku.
umur ku meningkat,
tapi masaku memendek.
Bila-bila masa sahaja,,
ya siapa tahu?
hanya Dia….

Tersingkap dari ketuahan diri...
tidak lupa padaNya ku panjatkan kesyukuran kerana ketuahan ini...
otak ku mula giat menghalusinasi,
mencari jalan cuba utk kembali memutar ligat..

Dewasa..
itulah kesesuaian pra-kata yang mampu ku singkap disebalik ketuahan ku..
jalur tiada kelihatan,
warna putih masih tiada ketumbuhan,
kelenguhan masih belum terasa,
tenaga masih banyak yang belum diguna…
apalah sebenarnya?

Mentafsir diri ini,
tidak semudah seperti cuba mengorek pekung pada kendiri yang lain-lain..
oh sungguh binasa sebenarnya sikap itu...
minta dipalis-paliskan sejauhnya...
kiraan ku tepat..
ya mmg diri ini sudah dalam frasa dewasa…

Tetapi hati masih berbuasir,
masih ditengah-tengah...
kenyataan itu seperti tiada tampak pencerahannya...
kabur penuh debu,
jalan tidak dihala kemana-mana...
penjelasan masih tiada sampai pada dasarnya... 
aku buntu...
masih mencari...
masih berteka-teki...  

Tuan diri masih bertatih-tatih,
cuba menginterpretasi,
cuba mengeksploit kendiri,
mencari lubang tembus ke hati untuk digali sedalam-dalamnya..
agar sampai tiba hingga ke dasar…

Namun inilah persoalan yang sering menjadi kebangkitan…
cukupkah bekalan sementara menggali hingga ke dasar perutnya?
Hanya laungan yang dibisik,
pertolongan cuba dipinta,

Tetapi seperti biasa…
kurang tangan yang menyambut,
rintih demi rintih dikerah keluar,
tapi perlaksanaan kendiri yang lain-lain terlupa pada diri ini yang membutuhkan tali untuk diangkat sebelum tenggelam lemas ke dasar perut sendiri..

~bersambung~

Ok tu je! Chou~~


p/s- ok tak? ce komen sikit... hihi ^_^''

2 comments:

terima kasih diatas sokongan anda