Saturday, September 15, 2012

RE-Adapt


Wuarggggggggghhh!! Haha megah sesangat menguap-menggeliat-senaman sikit.

Dah seminggu dah hidup bertapak kat sabah ni. dan sudah tentunya rasa nak balik tu memang masih ada lah kan.

pulau apa tu, tidak la ketahuannye~ hehe welcome to sabah!


Apa sebenarnya tujuan aku nak tulis ni? hmm macam terbengkalai pulak, tadi time tengah menung-menung banyak pulak benda yang tersangkut dalam kepala untuk ditulis-tulis semua kat dalam blog. Bila time nak menulis bagai semua, menggelabah pulak takde idea.

Takpela aku cerita part by part yang mana masih ingat. Nak post status kat fb macam panjang berjelalah pulak kan. jadi sini sahajalah aku bebelkan.

Tadi tengahari aku turun makanla kat café bawah tu, oh! Lupa nak bagitahu, aku dapat asrama, tapi kali ni Blok A3. Dulu aku tinggal kat Blok B1. Oklah berpindah ke tempat yang lain pula. Tapi yang paling BEST asrama aku kali ni adalah aku berada di tingkat palinggggg atas sekali! Walaowey. Aku tak sure itu mmg rezeki aku untuk mengideal dan melangsing badan aku ini merupakan satu objektif utama mengapa aku ALWAYS dapat tingkat-tingkat paling last sekali kalu stay kat bangunan bangunan pencakar langit nih. Dari dahulu sehingga lah skrg mmg aku seharusnya bernasib yang sangat best dapat tempat yang tinggi. Penat la jugak nak transfer semua barang-barang dari blok B1 ke A3. Nun jauhnya lah jugak kan.

Sambung pasal makan lunch tadi. Dikejutkan waktu masuk kg e ni. satu tender café sudah tiada. Yang tinggal hanya simple lane and kedai jane Selera Desa jer… perrghhh bengang gak la baru cuti dua bulan lebih je harga makanan dah naik. Lemak gila, naik 50sen pulak tu. Saiz pulak sekecik-kecik nya.. memang gampang gak la kan~ hmm alamat nya mmg berkuranglah sesi makan aku kalau nak berjimat bagai. Lunch sahaja tadi dah rm6 HINGGIT! Kepala dia!! Berapi gak la bila tanya kat tokey alasan dia sewa chase perdana(penyewa tapak cafe/kedai) tinggi. Hermmmm thanks lah kalau macam tuh.

ayam tu dua ketul ek, bukan seketul je. saiz separuh tapak tangan aku yg dah mmg sedia kecik~

Ok. Buka topic lain plak. Semester kali ni aku dah kira sebagai student tahun 3 lah, mean semester 5 di UMS, Sabah. Tapi macam masih comel lagi untuk berhadapan dengan Latihan Industri untuk semester depan. Aku risaulah jugak untuk berhadapn dengan hari-hari kerjaya nih. Yelah LOOK AT ME! ADA gaya matang ke? Hahahahaha. But but orang kata follow with the flow je. Yelah follow-follow pun mind set kena la be ready kan? hopefully orang tak komen lagi dah pasal saiz badan yang comel bila aku LI nanti. It a bit annoyinglah bila orang pandang camtu kan. bukan satu keperluan aku rasa saiz badan tu andainya tangan dan kaki serta tulang 4 kerat tu mampu bekerja dengan baik kan? tapi still aku ANNOYING sgt2. Please lah epic sangat-sangat semuasemua tu. Awat, tak boleh terima seadanya je? Ok that’s not the priority to talk about it. Aku risau andai kata aku bila dah LI nanti aku takboleh nak sumbang2 apa-apa kelebihan yang setiap Industri Pemakanan cari pada setiap pekerja yang baru. Pastinya mereka semua harapkan performance yang baik kan? 

Apa lagi aku nak cakap ye? Nantilah aku sambung.so,proses re-adapt dengan sabah ni maka bermulalah ia pada detik ini. BAKAL BUSY DAN buat-buat BUSY. :)

Tu je kot~ K chou!

No comments:

Post a Comment

terima kasih diatas sokongan anda