Saturday, September 1, 2012

Aduhai Lena

Terasa seakan-akan seperti semalam baru aku mengemas-ngemas dan mengosongkan kamar dan ruang menelaah aku di B1-2-6-3, beralamat kolej kediaman E, Universiti Malaysia Sabah. Hujung semester itu merupakan sebuah tarikh keramat yang biasa aku akan ternanti-nanti sambil melihat jarum jam memusing detik-demi-detik dari angka 12 kembali ke angka 12 semula dijam analog bayangan aku kerana jam aku kini adalah jam digital yang tiada pakainya jarum dan membunyikan “tick-tick” ketika ia bergerak.

Dari malam bertukar siang, dan dari siang bertukar malam, dari rasa angin yang menampar lembut pipi kiri aku terus ke pipi kanan, hari yang mana semuanya kelihatan baik, segar dan indah pabila lepas sahaja selesai menjawab soalan peperiksaan yang hampir memecahkan sangkar otak didalam tengkorak aku. Tika itu, aku dapat rasakan yang aku dapat bau, bau makanan kegemaran aku yang berada disemenanjung. Paling tidak pun, aku dapat bau tangan aku seakan-akan seperti baru lepas makan ikan masak kari, sayur timun sejuk bersama sambal belacan tempoyak.

Kepenatan langsung tidak terasa dalam proses mengusung-mengendong-mengangkat dan mencampakkan barang-barang yang ada dari tingkat dua ke tingkat paling bawah (atau dikenali juga sebagai tingkat tiga, kerana tingkat asrama yang paling bawah diletakkan dengan huruf G, yang dalam makna kata English G for Ground). Kelelahan yang terasa pada ketika itu menjadi sementara sekejapnya. Beg-beg yang beratnya melebihi dari berat tuan empunya beg pula seakan-akan seperti bertukar menjadi seberat kapas dan kelihatan tuannya yang kecik molek menjadi sasa dan gagah mengangkat beg-begnya tersebut dengan gah. Bilangan peluh seperti tersembunyi disebalik otot-otot lengan dan kaki yang tak berapa nak timbul itu.

Awan-awan pula berhenti menangis, semacam tahu, semacam mengerti, semacam memahami isi hati aku yang sedang girang. Mereka turut mentampakkan keceriaan, warna kelabu bertukar menjadi biru sebiru lautan yang jernih, ion-ion positif dan negtaif juga tidak berlegar dan berlaga sesame mereka yang biasanya kerap memancar cahaya yang boleh menakutkan sekelian jelata-jelata.  

Kini, aku harus kaburkan bayangan sepurnama dulu ini.
Kini, aku harus buka mata luas-luas.
Kini, aku harus bina dan mereka azam-azam baru dalam senarai “what-to-do”
Kini, aku harus kemas dan mengemas apa yang perlu dan buang-membuang apa yang tidak perlu.
Kini, aku harus ingat bagaimana cara-caranya untuk menggunakan pena dan note book
Kini, mimpi-mimpi lena harus dibangkiti.
Kini, tangankiri dan kanan harus tahu bila mana mata wang itu perlu guna pakai atau hanya harus disimpan.
Kini, kini, kini dan KINIIIII, batinku menjerit… malasnye malasnye malaaaassssnyeeee…!!

p/s – jgn nak serius sgt baca ni. haha

ok tu je kot! Chou~~ ;D

No comments:

Post a Comment

terima kasih diatas sokongan anda