Hye and Assalam, Selamat sejahtera! ho ho ho... howyeahhh!!
Wahhh lama gila tak update blog ni, sunyi betul sini... macam bunyi cengkerik pun macam dah takda... haha, sebulan lebih gak woyhh tak mengarut!
Sejak kebelakangan ni, aku jadi agak pendiam sikit... rasanya macam jadi pendiam lah,,, macam lah... kurang gelak ketawa, kurang berso-sial, dan kurang berjalan-jalan buang karen... heee~ sebab? tiada sebab. dan aku pun tak cari sebab dia kenapa... dan aku pun tak tahu kenapa aku tak cari asbab-asbab dia. :P
Best jugak sebenarnya keadaan sekarang ni, tak kelam kabut, tak serabut, tak kolot, dan tak terlalu gila hoha... heee~ aku jadi budak tepi-tepi je kali ni, bukan jadi perhatian orang. feel cool actually, Tenang dari biasa.
Apa yang aku suka jadi pendiam buat masa sekarang ni adalah aku punya kepala tak serabut dengan rungutan-rungutan atau masalah-masalah picisan orang-orang lain. jauh sikit daripada hal itu, kalau ada pun, aku amik tahu dari orang-orang berdekatan dan yang penting sahaja. malah, aku rasa lebih bebas dari biasa sebenarnya. tak tertakluk pada ideologi-ideologi brengsek yang memualkan otak. sebab prinsip hidup aku "menda boleh settle", so, benda kecik tak payah bawak cerita. setel satu orang satu orang pun ok sudah.
Ada masalah, pikir lah jalan dol!, pikir cabang jalan dia. senang citer buatlah jadual ke, peta minda ke, buat bagi nampak sikit apa sebenarnya yang ko tengah hadap. (kadang-kadang ko takde masalah pun, saje buat teruk lebih je weyh, betul tak? hahaha)
Kalau masalah itu macam susah nak diselesaikan, just get used to the feeling, maksud aku feeling-feeling serabut tu, biasa-biasakan. then tunggu idea dan ilham Tuhan.. sebab kalau kau sorang kata ko ada masalah, setiap yang bernyawa wajib dan memang akan ada masalah yang tersendiri dan masalah diorang pulak ada keunikan masing-masing (masalah pun ada uniqueness weyh, kelas ko jah! hahaha)
And u know what, satu hari nanti ko pasti akan dapat juga cari jalan and cara terbaik utk handle problem ko tu. haaaa macam tu lah kunun prinsip aku, kalau hadap masalah. atau pun cara paling mudah.. diam dan banyakkan berdoa. berdoa minta bantuan la of kos.. orang kalau jarang buat menda alah ni, problem yang ada kat diri memang susah nak out dari diri tu.. percaya taK? percayalah....
Tu je sebenarnya, bila ko hadap masalah, besar ke kecik ke, tetap ada jalan dia, teda payah ko risau sorang-sorang bha... wat rileks. and fikir. tu gunanye fungsi otak ko. jangan bagi dia berkarat dengan bayangan-bayangan kolot yang ko sendiri cipta
Cara kedua, bagi aku cara senang, bawak discuss sama genk-genk rapat ko about apa yang bermain dalam minda ko, actually kadang-kadang terlampau banyak pikir tu yang kasi masalah tu nampak besar. percaya tak? kita sebenarnya kadang-kadang bermain dengan minda kita sendiri, fikiran-fikiran yang kolot dan tak bercambah lagi tak bercabang, itu pasal kadang-kadang kita fikir "sumting" (menda yang kita anggap masalah itu) sebagai satu masalah.. padahal bukan masalah or apa-apa isu berat pun. otak ko psiko ko je kot.. (ada meh camtu?) haha.. Faham ka jugak apa yang aku nak sampaikan ni?
Bawak discuss supaya boleh brainstorming ko punya curiosity tentang sesuatu yang duk main-main dalam neuron-neuron ko...kalau malu nak bincang, carilah mana-mana sumber ilmiah atau sumber yang ber-authorize yang berkaitan dengan isu yang ko nak bangkitkan tu.. bawak-bawak tambahkan ilmu didada.. mungkin sedikit sebanyak membantu.. zaman sekarang. semua kat hujung jari. patut masalah pun mesti nampak simple je dowh.. suppose to be laaa kannn... masalah taknak dekat dan bermanja-manjaan dengan ilmu dan ilmuwan boleh jadi asbab kenapa masalah teda pandai setel, ko main suka-suka je wat teori dan assumption sendiri. ego tau ego? rasa diri sendiri habis terer kunun.. haaaa boleh jadi... yaa boleh jadi!
Ok. stop right there! aku sebenarnya nak cakap lately ni, aku kurang bercakap.. hahahahahaha..
p/s- boleh je kan kalau kita nak anggap satu isu tu sebenarnya isu kecik je??,,,, tak penat ke pikir lebih2 yang agak kolot yang takda ending??.. maksud aku kat sini, boleh bawak bincang bha tu, yaaa i mean, "menda boleh setel" cuma lambat atau cepat je ok.
Ok setel satu entry. hahaha, tu je tujuan updatenye kat sini~ :P
ok tu je kot! chou~~
No comments:
Post a Comment
terima kasih diatas sokongan anda