Monday, November 11, 2013

Aku harap, Aku yang Salah

Assalam, hye, Peace Upon You... and what'z up? 

Gosh!nak mula camna taktau, tapi aku nak tulis entry ni dengan sekali nafas boleh tak? haha.. kalau boleh, memang lama dah aku cabar diri aku taip dengan sekali nafas. :D

Nak cerita satu rasa yang baru terwujud, ya! aku baruuuuu saje rasa tadi..damn it! ini semua salah tangan aku. disebabkan tangan aku yang tak berhati-hati, maka tertujah khilaf sampai ke hati... rasa hati aku tentang Robin si Gergasi Coklat...

Boleh-boleh di pagi hari ini, ye hari isnin ini, yang cerah lagi aman dan damai. macam biasa sepatutnya aku akan sambung mengular. dan bila matahari terkinja-kinja sebuk nak naik nanti lah aku baru nak giat mara kan. tapi cuti spring-break seminggu dah habis. keje selamba saje-saje aku bagi kumpul semua letak menggunung kat atas meja, demi nak siapkan kesemua-semua-semuanya dalam masa satu hari. semua dalam satu kisahnya. percayalah. thats make your homework more challenging, and make you become a better typewriter. macam cicak kobeng jari-jari aku menaip nanti. hahaha...

Masuk part tengah perenggan sekarang, ok semua tadi mukadimah nak cerita keadaan aku sekarang. perasaan sekarang happy! of kos. sebab hari pagi patut happy, macam mana sesak pun hari isnin itu, kau patut rasa happy, dan bahagia tentu sekali, sebab bahagia yang disedut dari bayu pagi. aku di nabalu, cuaca hari ini diramal tidak hujan dan tenang berangin seperti biasa, ok aku hanya meramal mengikut gerak awan yang berada kat luar jendela aku. 

Jap! bila nak masuk cerita ni?? haha.

Ok lah, aku buka langkah plot yang sebenar, ok. kau orang sabar-duduk-elok-elok-diam-dan-teruskan-mengeja-serta-mencerna.

Owh. rancak pulak tangan aku menekan-nekan page whatsoever kat chrome ni, buka macam-macam page dari malam tadi, dari satu cerita ke satu cerita, dari dunia mars terus ke venus, tersekat kat pluto balik ke dunia sebenar. then baru je tadi aku buka site Robin si Gergasi Coklat. lambat macam biasa, web berat bertan-tan loading, aku tunggu sampai site tu buka dari atas sampai bawahnya, dan kesudahanya.....

PPAAANGGGGG!!!! 
Tak semena pagi yang nyaman, bagai direntap dengan hanya sekali loading site itu je. aku bagai ditampar dengan tangan invisible dan diterajang dengan kaki si hollow man. rasa sesak nafas tiba-tiba,. terus aku rasa kecewa, macam biasa pagi sejuk tadi pulak tibe-tibe boleh jadi panas. ada beberapa jejer air menitis rata ke papan kekunci aku sendiri. 

Tak! aku tak percaya apa yang aku nampak. sungguh aku taknak percaya. walau hakikatnya aku dah terima seadanya. walau memang dah tahu cerita mulanya. dan kenapa mesti aku betul lagi? kenapa mesti aku punya ramalan tu mesti tepat? dan tentu sekali aku bukan adik sepupu ahli nujum, tapi kenapa boleh betul apa yang ada dalam kepala aku ni? kenapa? kenapa? kenapaaaaaa????!!! dan kenaaaaaaaaapppppppaaa????!! (aku tengah menjerit ni, dengar tak, kalian?)

Macam mana otak aku buat kira-kira? dan kenapa time exam, aku asyik dapat C- je memanjang. tapi benda-benda yang agak tak ber-education ni, aku LULUS dekan plak? macam gampang rasa dia sebenarnya sekarang... fuh akhirnya terkeluar jugak bahasa sankrit yang disembunyikan oleh para ahli sufi.

Tak! aku nak yang sekarang ini, aku tak penah jumpa dengan Robin si Gergasi Coklat. dan aku nak, aku sekarang dibolehkan untuk putarkan balik masa, dan ubah masa lampau. yang aku tak pernah pun pernah bersalaman dan bermesra-mesraan dengan Robin si Gergasi Coklat. dan aku nak apa yang ditulis ni boleh jadi kenyataan. dan aku jugak nak by hook or by crook, voodoo will make what ive wrote here, Puff! and it's happening! hahahaha. mustahil? tak, ianya tak mustahil boleh jadi.

Aku harap yang aku salah sebenarnya, aku harap yang aku tak betul, dan aku harap yang aku tak pandai buat math bab proBABIlity, selain itu, aku harap yang aku tak pandai taksir dan aku juga harap aku tak reti nak guna deria-deria rasa yang duk ada sekarang. dan aku harap dengan harapan yang tinggi seinci, yang aku salah sebenarnya. tapi, Damn it! aku skor lagi~! arrrrrrrggggghhhhhhhhhhhh... (hopefully lega lah sikit rasa hati ni dengan menjerit pakai huruf2!) :P

Dan masih lagi aku tak percaya tau sekarang! kenapa lah mesti aku betul kembali? aku harap kot yang aku salah. salah semua sekali. semua yang aku rasa itu salah. 

p/s-aku harap sangat-sangat-sangat kot yang aku memang salah sangka! tapi tidak rupa-rupanya... 

Tapi kalau Tuhan yang BerKuasa tu nak bagi petunjuk, memang dengan macam-macam cara weyh, tupai yang pandai melompat jauh tu tetap boleh mampu terseliuh kaki belakangnya dan terjatuh ke tanah juga. what reveal, soon no need to hide about it anymore. 

(tetibe je ending entry macam hampeh kan?)

ok tu je kot! chouuu~

No comments:

Post a Comment

terima kasih diatas sokongan anda