Ada sesetengah benda yang kita patut teliti dengan sifat-sifat semula jadi manusia. Manusia yang sebenar tak boleh dilihat dengan mata kasar. Manusia yang kita lihat dihadapan mata kita hanya sekadar apa yang manusia itu nak kita lihat mengenai dia. Menggunakan mata disebalik mata kasar untuk melihat manusia yang sebenar adalah perkara yang manusia jarang sekali guna. Dan kejarangan menggunakan mata selain dari mata kasar adalah manusia-manusia dalam kategori kita-kita. Dan purata kita-kita itu adalah sebenarnya hampir satu dunia.
Ok aku tak seberapa nak ada motif buat entri macam ini. Dan aku tak peduli kalau tiada sebarang pembaca sekali pun. Kalau ada sekali pun, pembaca itu pun juga bukan dalam pemerhatian aku. Jika pembaca itu pernah wujud untuk lalu dihalaman ini juga bukanlah salah satu dari perkara yang bermotif untuk aku ambil tahu.
(ruang iklan)--Jadual rutin aku sekarang adalah sedang menunggu hari-hari terakhir untuk habis bekerjaya tanpa gaji bulanan ni. Sudahlah tiada gaji, KWSP jangan nak mimpi-mimpi lah kan.
(sambungan)--1) Apabila kita nak menipu seseorang.
First kita kena tahu yang orang yang kita nak menipu tu bukan kaki menipu.
Dan kita kena tahu yang orang yang kita nak menipu tu bukan jenis Smart-ass! Dan untuk kita nak tahu siapa orang yang kita nak menipu tu, first thing first kaji dia, dan jika dia macam kita iaitu memang kaki menipu. Tak payah bercita-cita nak tipu dia!
2)Apabila kita cuba nak sembunyikan rahsia kerajaan kita.
First kita kena tahu dengan siapa yang kita nak bercerita. Dan kita juga kena tahu macam mana orang yang kita nak bercerita itu simpan rahsia kerajaan dia pula. Dan kalau rahsia kerajaan dia pun kita tahu. Jadi tak payah nak beriya-riya bercerita rahsia kerajaan kita kat dia pula!
3)Apabila kita cuba nak ceritakan benda B agar cerita A tidak terkeluar.
First kita kena buat cerita B seolah-olah B itu cerita paling utama walaupun sebenarnya cerita A adalah dalam cerita B. Cerita B mesti semacam sama cerita A. Dan cerita A sepatutnya mesti bukan cerita B. Dan kalau cerita A terkeluar juga sebagai cerita B. Maka anda gagal membuat cerita A itu bersembunyi!
4)Kalau sudah memang berkaki bangku tak payah beriya menyepak bola ke dalam gol.
First thing kalau dah memang tahu kredibiliti sebagai jaguh bola itu terletak pada nama orang lain. Jangan kita pula mengaku nama itu sebenarnya nama kita. Jikalau nama dia sama dengan nama kita. Jaguh bola itu tetap pada nama kita yang ada pada dia!~
p/s-Takfaham?? baca jela lagi untuk kali kedua!
for smart-ass only! Chou~
No comments:
Post a Comment
terima kasih diatas sokongan anda