ya hai semua, lama sudah kita tidak berjumpa. maksud patik dialam yang lebih nyata dari laman sawang labah-labah ni. cuti gua, gua sudah sepurnama ibarat buaya yang baring kekenyangan dengan mulut yang ternganga luas.haha.. bukan buaya darat ya harap al-maklum pada sedia awalnya.
kali ini, gua semacam nak cerita pasal isi hati, atau dikenali sebagai instinct ya sebagai mana goggle telah mengatakan instinct ialah bla bla bla korang carilah sendiri. walau bagaimanapun tidak payah cari pun tidak apa sebab korang pun ada instinct masing-masing bukan?
gua nak kisahkan tentang kisah sejarah dan klasiknya yang tak lama dulu yang buat gua kata pada diri gua sendiri, "YA, patik memang tidak bersalah dalam hal ini!" dengan penuh semangatnya. ataupun gua ingin juga berkata "YA patik memang tidak salah lagi" macam biasa muka perey mesti kena ada..haha..muka perey? oh yang tu kurang boleh gogglekan ya..
ok, mari kita layar sikit kebelakang dan flashing the film back to the zaman tahun ke 90-an gua.wakaka..seantero itu gua nak pastikan jugak bayangan korang tu dalam keadaan warnanya hitam putih ok? apa tak ok? ah korang ni sporting la sikit ok? cerita gua ni mungkin banyak dan mungkin sikit je. tapi tidak apa-apa. sila sediakan pop corn sehatta itu ya.
alkisahnya begini, sedang gua dalam perjalanan menaiki motokar jenama proton iaitu kereta GEN2 kegemaran ayahanda gua. tetibe gua mengenengahkan bicara tentang hal menjelang wawasan 2020.oh pelbagai istilah politik dan kerjaya diwar-warkan dengan penuh semangat. perihal-perihal parlimen juga turut diutarakan. "ya, bapak parlimen tu apa sebenarnya?" gua membayang gualah adun paling terhormat sekali dengan soalan gua itu. bapak pula lagaknya seperti yang duduk paling tinggi kerusinya.. bla bla bla dengan panjang lebarnya bapak cuba berdebat dan satu apa pun gua masih tak faham pada zaman itu, jadi gua semacam tidak berpuas-hati dengan isi-isi yang bapak gua telah panculkan, maka gua membalas dengan persoalan-persoalan yang lebih tajam dan bernas lagaknya seperti seorang adun negeri yang bertauliah~~ lalala :D namun bapakku jugakla juara, pantas dan bijak membalas soalan-soalan gua.
jadi pada ketika gua tiada lagi mahu mengenengahkan isu-isu hangat pada era itu, segala masalah dan kontroversi negeri pada ketika itu sudah habis dibincangkan sedalam-dalamnya. konklusi jugak telah dibuat. bapak juga telah mencadangkan pada gua sebagai Adun negeri yang bijaksana "Undilah Pembangkang kita ya!" eh? wakakaka teettt kepada rakyat-rakyat jelata sekalian sila jangan tanya mengikut skema 5W1H tentang kenyataan PM kita ni ya. maka selepas berehat lima minit, gua minum sedikit air oh dahaga dan panasnya tekak ni, walaupun bukan gua yang berbicara yang paling banyak tetapi bapak gua.
kemudian itu, gua mengutarakan badjet wawasan 2020 bagi kawasan gua. gua mengatakan bahawanya suatu hari nanti gua akan memastikan kerjaya dan pangkat gua pada masa akan datang itu setaraf dengan pendapatan yang gua perolehi iaitu dalam rm1000++/untuk sebulan. bapak gua hanya diam.. dia masih mendengar hebahan gua. ya bapak mmg ternyatalah jawatannya dengan kerusinya sekarang. penuh berhati-hati mendengar isu-isu kontroversi wakil-wakil rakyatnya "ya bapak!, gua cukup yakin dengan pendapatan yang diperlukan oleh gua yang gua akan perolehi itu mungkin masih tidak cukup untuk tampung era wawasan 2020 itu" bapak gua masih diam..lagaknya seperti para saintis yang cuba menyelesaikan masalah algebra dipapan hitam tetapi dalam keadaan sambil memandu motokar kesayangannya ke arah tujuan yang ingin kami pergi. sedikit demi sedikit dia pula bertanya pada gua sebagai wakil Adun negeri yang megah dgn kawasan dia ni dengan skema soalan peperiksaan tahun 1999 iaitu 5W1H. maka gua pula mengutarakan segala badjet kira-kira yang telah gua siap-sedia lebih awal. bapak gua mengangguk-ngaggukkannya namun sebagai penjawat jawatan yang masih tinggi bapak gua masih diam membisu..jadi sebagai Adun negeri gua tidak mendesak bapak gua untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan dan keputusan. setiap keputusan harus dikeluarkan dengan pemnuh berhati-hati dan teliti. tersalah langkah mungkin rakyat negara kita kini bakal makan pasir..oh bapak la segalanya dalam hal negara kami sekarang..jahahaha.
ok sanpai situ sahajalah flash back and roll the film of gua punya cerita..well APA MORAL YANG KORANG DAPAT NI? faham ke tidak? tak faham sudah! gua memang takdak nya nak ulang tayang ok? ok...
sebenarnya mmg tak salah gua punya instinct/ proposal badget kira-kira yang gua telah utarakan sama bapak gua ni..rasa seperti mulut gua masin pun YA jugak..
p/s - hal dan kisahnya, gua tengah kira-kira sem4 punya badget yang gua telah guna selama gua diUMS melalui akaun penyata CIMB islamic gua ni..YA MMG TIDAK SALAH LAGI 4BULAN equal to rm4000++/ less ..
masin mulut gua bicara dengan bapak gua dulu..hahahahaha
ok tu je kot! chou~~
No comments:
Post a Comment
terima kasih diatas sokongan anda