Saturday, July 14, 2012

Garam yang masin

aku cuma mahu menulis. ya sudah difikirkan banyak kali, aku nak mengomel mengenai masa depan aku. masuk semester kali ini dah semester ke empat. itu bermaksud aku dah habiskan dua tahu diUniversitas. pantas bukan? bagi aku itu adalah hal biasa.masa tak pernah balik kembali.kerana itu ianya dirasa cepat.

aku? ya mungkin ada banyak berubah dan mungkin juga tidak. semalam aku luangkan masa membelek-belek gambar-gambar yang terlalu berlambak dalam hubby aku ni. zaman-zaman persekolahan dan zaman-zaman noob aku.hahaha. tak banyak berubah kebetulan aku katakan. BUAT MUKA tu memang aku dari dulu. dan yang hanya berubah ganti adalh KACAMATA aku... hahaha

ok ok ok. apa yang aku gentarkan sangat? sebenarnya bukan aku gentar. tapi masih tak punya keyakinan dengan apa yang bakal aku hadap pada masa akan datang. dan kemungkinan ramai pun yang sebegitu. lagi sekali aku nak buat satu pengakuan IMAGINASI aku sangat jauh. jauh yang seakan-akan aku boleh meramal masa depan berdasarkan apa yang aku buat sekarang..erm mungkin frasa meramal tu salah. tak. maksud aku disini aku seakan-akan boleh melihat kesan pada fartamogana akibat daripada tindakan aku sekarang. dan ya semua orang boleh jadi macam apa yang aku fikirkan malahan mungkin lebih realistik daripada aku sendiri kan?

aku suka meneka-neka apa yang bakal terjadi sebenarnya... ya, dari situ sebenarnya aku boleh berfikir dengan lebih precise dan specific sebelum bertindak... dan kadang-kadang memang aku pernah sahaja tersilap langkah..MANUSIA :)

gentar aku ini dituruti dengan kata-kata makcik-makcik yang pernah aku jumpa tika aku bekerjaya dahulu

makcik A : erm adik kamu SEKOLAH mana?
makcik B : adik kamu kerja ni kamu dah berhenti sekolah ke?
makcik C : lirikan mata memandang aku atas sampai bawah seperti seakan-seakan tak berpuas-hati dengan aku.
makcik D : OH ..ingatkan kamu sekolah lagi, kecilnya kamu ni. setelah aku mengatakan aku cuti semester diuniversiti aku.

hmm~ pandangn mereka buat aku seperti aku bakal hadapi kesusahan untuk menghadapi alam pekerjaan yang sebenar-benarnya nanti. seakan-akan saiz aku ini tidak layak untuk kerja-kerja buruh dan kerja-kerja berat. mereka buat aku tidak yakin, tidak yakin yang aku mampu... 

p/s- size dosent matter,
attire dosent matter,
yang penting aku tahu buat, kerja aku settel seperti yang diminta...dan kalau salah ajarkan sebab AKU SENTIASA BARU dalam nak dapatkan ilmu.

tapi kata-kata makcik-makcik tetap dalam ingatan anak muda yang macam aku ini. ianya seperti racun untuk aku langkah kehadapan. aku semester lagi satu bakal menghadapi latihan industri. boleh ke aku lupuskan kata-kata makcik-makcik itu dari ingatan aku? ya, hati aku memang lebih kuat.. KESAH APA AKU! hahaha... makcik-makcik tu bukan kenal aku pun..apa yang mereka nampak hanyalah pandangan yang pertama mereka..ya first impression. walau apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih kepada makcik-makcik sekalian. tanpa kata-kata itu mungkin aku tidak tahu apa yang bakal aku hadapi nanti.

ya, muka aku terlalu muda untuk digelar mahasiswa. DAN aku suka itu. awet muda. bukan senang untuk aku dapat. actually it is in my blood...
ini buat aku teringat kisah ayahanda.pada masa itu, ayahanda masih beranak empat. sedang sibuk menyapu halaman ruang depan rumah kami. tiba-tiba datang seorang penjual barang-barang sambil mengejutkan ayahanda yang sedang asyik; "adik, mak ada kat rumah tak?" 
terus...ayahanda masuk ke rumah dengan muka yang mencuka. haha...muda sangatkah ayahanda sehingga dipanggil ADIK? 
tersenyum aku bila kata-kata seperti itu terpancul dalam kalangan orang-orang yang tak mengenali aku.dan mungkin jua aku akan hadapinya lagi kalu aku lupuskan identiti dan qualification aku dari mereka.

ok tu saja, chou!~

No comments:

Post a Comment

terima kasih diatas sokongan anda