Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Is it me?

Heyy yoo! Salam! :D
Me during age of 6 months.
Kalau tengok sekilas, well it just a normal baby like every others babies in this world. #cute #innocent #flawless #GodAngel .-_- owh beria jugak lah nak berhashtag kat sini kan. 

Yup, this photo just showing the exactly me, like the others normal type kind of babies in every capture and moment that we've just saw before in pictures. hee~ As you know, people are so in love to capture babies photo. For them, Babies are special. Babies are something that actually exist by some sort of work of miracle for #Believer and well in the other words we can call it as "the work of Love". 

Then, what actually that i want to tell a tale here is, i saw this picture again and again and also have been through it again and again AAaannnnd done staring at myself tho', As because i put in facebook wall, #mybrain just start  to circulate all around, making some branches between all of neurons for both side left and right brain. Try to make up something that can make this picture looks ALiVE. And I just saw a baby, who actually can see what exactly this Big Fat World can be for 'her' (FYI, me is a girl. ok! ) :P . 

In my second thought, I just saw this baby look just so curious whats actually things just happened in front her. I also saw, she just liked really wanted to know something. The mimicked really made her wanted to think further about something. She's just wanted to know more, but still in clueless mode. The face that when by, she just don't want to miss something important. Like wanted to searching those something that been pass in front her... 

erm. what i want to say here, is she has got what she had been searching for?

p/s- its been 22.

#JFFF (Just For Fun Fact)

Dedicated song for today - Brave

With Style!
This Girl!
Ok, thats all for today! chou~

Thursday, July 12, 2012

Peraga-watie_ee

pernah ada satu ketika dahulu aku dengan selambanya memotong satu borang dari satu majalah..ya majalah apa? biarlah ianya menjadi rahsia ok? 

ku selak album-album gambar-gambar ku. ku cari mana yang sopan, comel dan anggun. . .
ha-ha-ha ntah bila masa pulak yang aku pernah jadi anggun? hanya perasaan aku sendiri yang aku layankan dengan bangga. rasa cantik seketika..well takdak salahnya kan? sekali-sekala je pun wey bukan selalu. jadi ku belek-belek mana yang patut..

naaa~~ satu gambar itu tiba-tiba singgah dimata ku. ku rasa gambar tu pasti mampu tertarik.ya tertarik pada para juri manusia yang ditugaskan untuk menilai... hee~~ ada jugak perasaan ingin kelihatan cantik ya wahai aisyah? 

ah! biarlah aku wanita memang sudah dicipta penuh dengan emosi dan rasa cantik..siapa sahaja didunia ini yang tiada perasaan itu? jangan siapa-siapa harus menipu diri sendiri. mungkin kau bukan manusia jika cuba untuk hindar diri sendiri untuk tidak melihat cermin dan senyum sendiri-sendiri... naa~~ sekarang pun  kau sudah tersenyum sipu-sipu malu.. sudahlah..sekala-sekala apa salahnya~ ;) 

tiada siapa yang boleh marah kau jika punya rasa itu..bha..jangan kau takut ok ..jika tiada siapa pun mahu puji kau.biar aku puji..ya kau sangat anggun dan jelita...kalah monkey disebelah mu itu..kau lebih jelita darinya yang syukurlah dengan kelebihan yang kau ada dari rakan sebelah kau tu.. #eh (jangan marah) 

kembali cerita..

ya ku rasakan gambar aku yang situ ini sudah mampu celikkan mata para juri..yeah aku rasa yakin dengan diri aku.. ku tersenyum terasa diri ini mungkin bakal dihargai.. terbayang dimukaku yang lensa-lensa itu bercahaya silau. tersenyum aku penuh lagak dihadapan.. ya "siapa yang paling jelita rupawan" "akula itu!" gelak sinis penuh bangga #puuiii~~

aku hentikan lamunan ku. ku kemas kembali selerakkan gambar-gambar yang lain yang ku sudah belek dan banding-banding..hanya satu sahaja yang disuruh tepek... jadi satu sahaja yang ku harus pilih..dan ku sudah pilih berdasarkan isi hati nurani ku..

ku penuhi butir-butir..ah saiz pinggang pun mereka mahu... yaa aku tak tahu pula.. tiada pernah seumur hidup ku pentingkah saiz pinggang? ah pergi pula ku mencari tali dan pembaris...

ku ukur pakai tali dan ku gunting..kemudian ku ambil pena dan ku tanda-tanda dan kemudian ku baca sekali lagi ukuran pinggang ku.. entengnya ku tak pernah pula rasa ingin sebegini tahu tentang fizikal diri ku.. :) 

kemudian ku penuhi yang lain..ah hentam sahaja..aku pasti yang jika lulus pasti mereka akan pinta diukurkan lagi sekali...ah biasala itu.. "double cek" orang kata 

jadi kemudian aku tersenyum..YAH! SIAP semua ku isi, gambar sudah ku tepek bagus-bagus. tinggal lagi tunggu gam gajah itu kering sahaja..betapa aku berhati-hati sampai gam gajah juala yang menjadi pilihan aku supaya gambar yang HANYA aku seorang sahaja yang rasa cantik itu tidak tertanggal. jad, mana sampulnya? ALAMAK! "hmmm.. mana sudahnya ku letak barang-barang seperti ini... ku punggah lemari usuh ku itu. gedetang-gedetung barang-barang ku terburai keluar dari lemari itu...sumpah banyak barang ku simpan rapi, kata ku mungkin barang-barang ini akan ku guna nanti..ya sudah jadi sampah bila dia fikrikan semula aku patut buang sahaja..simpan sahaja rasa sayang kalau tiada kegunaannya kalu hanya mengundang semak. 

akhirnya ku jumpa, bukan putih atau koko tapi ungu..lama sudah itu aku simpan, dulunya ku buat untuk utuskan surat pada si dia ;) ah! si dia tiada lagi. maka aku gunakan untuk hasrat jitu aku yang satu ini...

jadi ku buka kembali majalah itu..ya mana alamatnya? mana? ku cari ku buntangkan mata ku bulat-bulat...sungguh ditulis dengan halus sekali oleh sang editor... mereka lupa yang para pembaca ini dari pelbagai destinasi dan lokasi... bukan semua punya kesempurnaan yang hakiki.. sadis jugak mereka ini, tidak memberi kemudahan pada semua pihak,terlupa pada manusia seperti aku yang istimewa lebih ini.. hmm dengus ku sebentar. "kurang asam!"

siap SUDAH! ya aku tersenyum sambil mengangkat layang surat yang sudah ku siap kan ..cantik kemas dan terapi... aku lihat dengan penuh sinar mataku bercahaya penuh dengan harapan...ya aku akan hantar dengan segeranya disertakan doa bersama. ku cium sedkit kata orang ambil tuah untuk kejayaan kononnya..
besok juga akan ku hantarkan jiwa aku itu untuk mecuba. mungkin aku ada TUAH juga seperti yang lain-lain...
-

-

-

-

-

-

-

-


aku terjumpa surat itu ketika aku sedang menyapu habuk diatas lemari usuh...
aku tersenyum sendiri kini... 

ok itu sahaja , k bai~~ chou!

Monday, April 16, 2012

jantungku terjelepok - part 4

hai...hehehe 
part 3 sudah... well nak wat short post je kali ni..
arghhhh~~ esok dah start kuliah huhu sekejap je terasa cuti seminggu ni. uhuk3x.. tapi lega gak la sebab cuti even tak balik digunakan dengan baik..ngeh ngeh ngeh.. 

"When you stop searching for a PRINCE and make Allah the KING of your heart, He will help you complete your 'fairytale'...."

ok here is my story... 
aku tak hengat la hari apa, tapi aku ingat lah kejadian yang berlaku..orang lain sekeliling aku maybe tak perasan apa yang berlaku dalam hati dan jantungku..well takpayah bagitahu pun takpe kat dia orang..diam-diam sudah.. tapi aku ni nak story morry sikit kat sini.. kiranya story tentang apa yang aku rasa...waaarghhhh~~ sob3x..

pada hari kejadian, ntah bagaimana seorang hamba Allah ni tersasul tanpa dia sedar, citer punya citer punya citer sekali kuar.. "ey....dia (cannot mention his NAME) dah ada laaaa... bla bla bla"  hamba Allah ni terus sahaja meneruskan citer citer sedang kami duduk bersantai-santai sambal makan goreng pisang panas cicah sos cili.
pada ketika itu la jantung aku bagai nak luruh dari pegangan salur-salur darah, rasa macam nak tercabut keluar dari anggota badanku, kelam-kelam otak aku, berpinar bagai, sebak, tertusuk, dan aku terdiam hanya mendengar bebelan hamba Allah itu......dan bila dia habis cerita baru aku menyambung "oh,laa~~ ye ke.." reaksi muka aku pada ketika itu..BAGAI tiada apa-apa yang berlaku,  bagai DIA (cannot mention his name) bukan manusia yang aku suka...wakluuu~~~~ haha pandai tak aku cover?

pernah tak korang rasa teramat perit sgt sgt sgt bila benda ni sedang berlaku? pernah dapat tahu orang yang korang minat/suka/sinta kat depan mata korang dengan harapan ada 'peluang keemasan' tetibe je lesap~~~~ pufffff!!~~ (bunyi macam magik) dari depan mata korang dalam masa sesaat....

time tu betul lah aku rasa cam sedihsedihsedih giler sebenarnya... MUNGKINKAH ini namanya cinta?? 

hehehe bersambung~~

ok!! tu je kot chou~~

Saturday, March 17, 2012

Kurang berat, apa yang patut aku buat ek?

hai semua...
sabtu yg cerah, sabtu yang sunyi, dan sabtu yang nyaman, aku duk sorang-sorang kat bilik. bangun pagi mandi-mandi semua bagai then wat keje surirumah bagai sikit then on9.. erk.. on9 yg bosan.. lepas tu aku dah tak tahu nak wat apa dah..weee~~ 

ok disebabkan pemalas gaban nak wat homework yang ada (wat macam xde)..so aku nak buka topic pasal AKU..hahaha..again?? aku lagi jadi topic hangat ek? 



nak cerita pasal berat badan aku yang tak berapa nak berat ni..tiup sikit dah senget (haha erkkk ). aku pun sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana..dan kenapa begitu mudah gile aku punya berat turun.. aku nak cari solusi untuk naikkan berat.. serius BMI aku under-under-under weight..tak tahu la berapa dah skrg..taknak tahu nanti aku physcho dan sedih sorang-sorang... 

aku wonder kenapa org lain begitu mudah bagai nak naik berat..why i said so?? haritu cuti semester 3 selama sebulan. well buka sem jumpa kawan-kawan macam best giler masing-masing nampak obvious berisi dan ala-ala temb temb tembam sikit.. haha.. sama ada mata aku yg nampak begitu atau pun memang benar..but yup! bila timbang berat, diaorang MMG naik.. OK !! WHAT a best thing that if ever happen to me.. wahaha..

selain daripada tu..aku tgk gambar kawan-kawan lama , kawan-kawan sekulah (kantoi stalker) diantara mereka semua pun dah naik berisi dgn jelas sekali..bestnya bestnya bestnya....

actually berat aku dulu dalam kira 40kg, kalu bukan 40, 41 kg..kalu bukan 41, 42kg, erm ni time dekat matrik.. pastu semester 2 nak dekat-dekat habis kat matrik berat aku start turun.. 39, 38, then masuk university more turun become 37, 36 35, then naik sikit 36, 37, 38, pas tu turun, pastu naik pastu pastu pastu dan pastu..haha dekat situ-situ jela berat aku kan..xnaik dah ke 40 ...warghhh stress.. why ek? makan aku ok je...erk i mean banyak je.. xdela kebuluran sgt. 

tapi kalu tgk aku ni pun dah kurus sgt skrg. aku sendiri tgk pun takut. aku bukan takut pe..aku takut aku ada sakit je. erm nak p medical check up. taktau macam mane. ada org suggestkan herbalife, katanya berkesan boleh naikkan berat badan ni.. tapi mahal la weyh harga dia dalam rm200++ gitu.. dan herbalife tu adalah produk susu.. wuhuu.. kita tak pandai minum susu tepung.. susu segar minum r dowh..

tapi aku lebih prefer p check doktor dulu before melakukan something by my own..and i should go for doktor swasta.. hahaha..ok DUIT LAGI.. HMMM...xnak p doktor kerajaan seyes diorg work sambil lewa dan aku xdapat result ttg kesihatan aku secara tepat.. hmm sabo jela.. 

erm camne ye?

semua orang senang betul naik dan susah nak turun, tapi pada aku pulak dah jadi terbalik mudah turun susah nak naik..erm untungkan?? semua org nak kurus aku tetibe ke sorang nak berisi.. hahaha.. xdelah aku sorang je yang camtu tapi less la org mintak naik kan... drpd situ nampakla yg byk orng suka suka suka makan tapi tak maintain kesihatan... wuhuu.. bahaye sebenarnya.. 

hahaha..tapi ak tahu camne cara nak turunkan badan yang the best solution without any product kesihatan..ok biar aku suggest sikit.. ni berdasarkan observation la kan kan kan kan..

"jump like a star, like a star , like a star!"


dan of course yang pertama kena jogging selalu.. seperti yang dicadangkan 20 minit 3 kali seminggu atleast..

second  cube kurangkan makan nasi.. yup jangan makan nasi time dinner, why? sebab nasi tu korang makan malam dan malam movement kita kurang dan ia akan disimpan jadi lemak, so malam kalu lapar sgt makan lauk je. 

third try out pula amik pengambilan nasi tu kurang daripada biasa yg korang amik time lunch.. atau pun time tghahri jgn makan nasi selalu, makan mee ke mihun ke.. 

forth, minum air sebelum makan, so that korang senang kenyang and less eat.

fifth, puasa puasa la selalu..hehe..ok puasa !! is the best solution actually.. yup mmg kurus la kalu puasa selalu kan.. erm tapi tgk pada keupayaan korang jugak.. jgn puasa sampai memudaratkan diri sendiri..tu bukan sunat lagi dah tu makruh terus, at least dua kali seminggu, tiga kalu seminggu ok la.. puasa bukan setakat bersihkan perut, bersihkan diri jugak ;)

actually ada lagi cara yg lebih baik... tapi kat atas ni secara murah dan jimatnya utk turunkan berat.. other plus kena rajin wat keje berat, bgi keluar peluh kalu xde masa utk berexercise, cth - jalan laju ke, bykkn naik tangga, jalan selalu ke kelas, etc2.. haha.. try la ek!

so back to me again, aku kena jugak cari sumthing utk naikkan balik berat,, mission aku atleast 45 kg.. ideal! haha ;)

p/s = aku harap aku bukan turun berat sebab sakit apa-apa.. hehe

ok! tu je kot, chou~~

Friday, March 9, 2012

Flawless Friday - i will only share my story only with...

the ONLY reason i TELL u my story..


so, please make me stay trust on you.

"kawan yang baik dan sejati adalah kawan yg menjaga aib/maruah kawannya yang lain"
ok! tu je chou~~

Friday, March 2, 2012

takut VERSUS confius

ok hai semua sekelian alam...
hari ini nak citer sikit pasal aku lagi..hari-hari pun cerita pasal aku..huhuhu...ok. ceritanya berbunyi seperti ini...aku sebenarnya masih lagi confius nak repeat statistik atau pun xpayah..tanya punya tanya punya tanya dekat kawan semua2..last-last aku masih lagi xdapat "hidayah" sama ada nak repeat atau tidak..nak nangis stress!! haha ;P

why am i so hard to do this decision? wuntungla diorg-diorg yang tak payah repeat.. haha..
ntahla tapi takut aku takboleh bawak statistik ni time semester ni..statistik ni xdelah berat sangat (ok sampai dapat optional nak kena repeat ke tak kan..untunglaaaa) tapi semester kali ni ada subjek program aku yang agak tough sikit dan ada kira-kira secara physicnya... HUH! itulah yang menyebabkan aku takut tak boleh bawak dua-dua subjek ni. mmgla statistik tu semester-semester lepas punya pelajaran yang aku dah belajar just nak betulkan gred je..akan tetapi yang menambahkan berat lagi hati aku adalah sebab aku nak naikkan gred statistik takut-takut gred lain pulak aku tak jaga especially subjek program yang ada kira-kira tu (lupa nak gitau nama subjek..haha..ok namanya unit operasi).. ye kira-kira tu takdala susah pun akan tetapi aku xnak nanti aku belajar banyak2 tapi dua-dua pun xscore elok2..target ofcos upper then B..haha..hmmm.. bunyi macam tamak giler tapi hampeh..haaa~~ tu yg aku xsuka tu.. macam ibarat "yang dikejar XDAPAT, yang DIKENDONG berciciran"..aku ni bukan boleh sgt..confiden punya confiden punya confiden punya confiden..sekali HAPE PUN EDEN XDOPET..ntahla study aku skrg macam dah tunggang-langgang..aku yakin tapi nanti tengokla markah aku mesti je ade yang slack..maksud aku..sebenarnya aku boleh skor tapi last2 gred yang aku dapat sgtla xmencapai target..sediyh r camni.. arghhhh streessss!!! *ok tetibe rasa cam nak balik dan nak jerit kuat-kuat... 

hmmm nak repeat ke TAKNAK? nak repeat ke TAKNAK? HMM nak repeat ke TAKNAK...? hmmm nak repeat ke TAKNAK? hmmm nak repeat ke TAKNAK? hmmm nak repeat ke TAKNAK? (sambil tengah cabut kelopak bunga roses) haha

minggu depan minggu last add drop..nak xnak aku MMG kena segera wat decision secara konfirm nye..HUUU!!! 

"YA ALLAH aku berserah kepada mu setelah aku decide yang terbaik buat diriku sendiri..TOLONG suluhkan JALANku YA ALLAH...ya ALLAH u are my THE BEST LISTENER...ya ALLAH tolongla hambamu disekelian alam ini... ;') " AMIN

OK! tu je kot chou~~~

Monday, February 27, 2012

mencemburui yang bukan dalam hak aku PART 2

i'm having the feeling of jealous without reason toward someone.. 
but supposely i shouldn't have this feeling because this sumone are not mine.. but why ek ek ek?

it happened only around "this sumone" only.. even to others i dun have this jealousy- jealousy feeling.. aduhh.. pedih jugak la kan bila kita dah tahu camne rasa jeles tu terhadap perkara yg kita xboleh capai....tapi the problem was this sumone was so clever and very well-known how to make me jealous toward "itself".. bapak r HOW DID this "sumone" do this to me.. well aku sgt jarang nak jeles kat org tanpa sebab melainkan diorng tu pandai dan berbakat hehe....sebab i dun really CARE what people have or dont have...another reason was rezeki masing-masing so aku xbolehla jeles kan ..xbaik perangai cemburu tu..lagipun aku pegang prinsip ni.. "mungkin aku xdapat apa yng orng lain dapat ...tapi org xkan dapat sama sperti apa yg aku dapat..sebab tu aku xboleh jeles" ;) rezeki Tuhan beri,... kita mesti sentiasa bersyukur walupun sedikit..dan bersabar serta berusaha kalu nak rezeki lebih....hidup kat dunia ni ALLAH always suruh kita berusaha dan jgn berputus asa...rezeki selalunya jarang datang bergolek-golek depan mata.. yup serius ;) hehe

tapi dalam kes ini..sorang budak ni pandai buat aku jeles..ATAU..ak yg sudah jatuh cinta pada dia?? hmm sebab aku mmg jeles tengok dia dgn si dia dan dia dia dan others dia..hahahah *banyaknya...YA ALLAH..jgn bg aku ada perasaan ni.. aku xmahu jatuh cinta.. dan aku xmahu jatuh pada cinta yg buta..CUKUPLA sekali.. ;) aku harap aku boleh practise utk lepaskan apa yang bukan milik aku dan belajar utk terima kenyataan dan patut belajar JANGAN cemburu TAK BERTEMPAT...

tapi knapa dia sorang je yg aku jeleskan?? hahahaha..ok malas nak sambung cerita seterusnya... aku rasa macam bakal banyak lagi yg akan menyusul selepas ni....SO confiusing LOL..!

haha.. bTW ..AKU taknak perbanyakkan cakap pasal cintan-cintun...sebab result aku semester lepas dah drop beberapa decimal place (ya 0.00++ sgt berharga bila dia drop) huhu T..T ..JADI..aku xnak main2..walupun dalam ALAM universiti ini cinta tu adalah permainan kami ketika belajar..ya! sebagai org yang matang patut berhenti pikir pasal semua hal2 ini... ok ASH?

study YUK!
OK.! tu je chou~~~

Thursday, February 9, 2012

A lil' bit about me

HAI semua... 
kat sini nak straight to the point je. kita tak nak bersajak dan bergurindam berbaris-baris..hehe 
tajuk pun straight jadi isi pun kenala straight jugak..well i'm straight haha.. ok that's not what am gonna say right here. 

may i ask u, is it one way or two?

AKU adalah seorg yang suka bertanya..or boleh dikatakan kuat bertya..kadang2 tya ttg perkara yang penting dan kadang2 saja nak sebuk2 tahu...maybe aku not well-known as a tukang tanya tapi aku sendiri rasa yang sebenarnya aku ni sgt kuat bertya.. aku akan tya bila aku wondering, aku akan tya bila aku tak tahu, aku akan tya bila macam ada awan2 nano kelabu dalam otak berselirat aku dan aku akan bertya bila org lain xde nak bertya apa-apa pada sesiapa.. haha apa shaja yang terlintas kat kepala aku akan disegerakan oleh aku utk tahu dgn bertya-tya.. dan aku jugak adalah seorg yang mudah tertanya-tya seperti "how, when, where, who, why, what the *&^% !?" apabila ada benda yang macam xkena pada tempatnya..

well dalam konteks kehidupan "kalu xbertanya sesat jalan", so aku pegang konsep tu utk menuju ke arah jalan yg xsesat.. xsalah bukan? sekadar menambah kekosongan-kekosongan otak, sekadar meniup kekelabuan asap dan awan-awan nano dan sekadar menerangkan jalan-jalan yang berliku dan  yang tak berlampu. 

ada org tak suka bertanya, jadi kita biarkan shj dia, kebarangkalian dia sudah tahu, bukan?
ada org pula tak suka ditanya, kerana takut rahsia pekung dipecah. well tidak mengapa, kami pun xnak korek sedalam2 nye kerana persoalan-persoalan hanya sekadar utk melihat jalan secara CLEAN AND CLEAR.. 

soalan diajukan adalah kerana utk menambah tahu perkara-perkara yang org tidak mention secara langsung, mungkin lupa atau mungkin tak terlepas dari perbincangan or etc. jadi soalan diajukan supaya sesuatu kenyataan nampak lebih jelas dalam perbincangan antara manusia... 

akibat juga sifat kanak2 aku yang masih tak hilang walupun sudah tua berumur 21tahun, namun sifat INGIN TAHU tetap ada dalam jiwa aku, sebarang keraguan, dan masalah akan bakal dijadikan satu isu utk membangkitkan persoalan.. well aku bukan tya tuk cari gaduh tapi tya sebab nak tahu secara am, dan secara terang... kerana kadang-kadang susah utk kita tahu sesuatu perkara kalu hanya setakat menggunakan daya mendengar.. daya ingin tahu perlu ada lebih-lebih sebagai seorg pelajar pintar.. *ehem..

kebanyakan soklan-soklan aku adalah utk membuat perbandingan berdasarkan logik akal ttg cycle dan situation yang berlaku kat dunia.. kerana apa aku buat? kerana terkadang kenyataan-kenyataan di dunia ada byk putar belit dan ada byk penyembunyian, lebih-lebih lagi kalau ianya daripada kenyataan manusia... jadi sebagai seorg manusia,, bukan semua perkara aku boleh ikut seperti "sang pak turut" iaitu ikut secara bendul..kerana terkadang oleh kerana menjadi pak turutlah kau bakal terus menjadi hamba kepada sang penipu.. oleh itu persoalan-persoalan yang diajukan adalah tidak salah sama sekali sebab sebagai manusia kita juga punya hak utk tahu yang mana HAQ DAN BATIL..dan juga utk mengelakkan kesalah fahaman kerana manusia kadangkala mudah bersangka yang macam-macam.. bukan begitu?

.
.
.
.
.

"dimana jalan ku?"


akan tetapi itulah juga kerana suka bertanya ada juga soalan-soalan ku yang tiada jawapan dan tiada perlukan jawapan...terkadang jawapan itu datang,tapi ada juga yang tiada dan kadang-kadang jawapan itu dtg secara tiba-tiba tanpa perlu aju pada sesiapa... 

jadi ini adalah serba sedikit sifat tentang aku...  "i am who i am, and am not what people said.. " 
mungkin ada yang tak mengerti aku tetapi aku peduli apa.. 
maka jika kamu tak mengerti aku, maka bertanya la.. 

p/s= that's how the questionare do it job... i love to ask cause i love the truth...cause people dont say it if there is no want to get to know..
ok! tu je chou~~~

Wednesday, February 8, 2012

just another day of my birthday... HEY it's 21st lah

feeling nothing on the day of MY OWN birthday... do know why.. just I'm felt nothing.. and nothing forever..

"the candle blow.. and make a wish..! " 

it's only come once in my life..

i am just wanna wishing that i can be the best at the future...and i'm really hoping for that.. that's it ... 
xde perasaan nak lebih2... sebab terlebih2 itu hanya berjaya dikecapi dalam mimpiku sahaja..why i said so? cauce it happened, everyday in my life..

so now, i'm grown up.. nak mintak hadiah pe? haha.. forget it! let me get my present by myself...HEY it 21st lah!

yesterday i'm just a little cute girl.. but now i'm not the little girl anymore...

another best thing that i want it to happen in rest of my life is by having a good day for every-every-every tomorrow... i want those GOOD DAYs in everyday of my life... with no fight and no tears rolling down.. like adele said "set the fire in the rain" yeah!

p/s= hoping result sem 3 ni ok..walupun sedang cube utk TAKNAK tgk result wat semester lepas.. sebab exam haritu agak suck ckit... ok life must be continue on semester 4th...

ok! tu je kowt, chou~~

Tuesday, August 9, 2011

All in one heart

kadang-kadang aku rasa sedih... :(
kadang-kadang aku rasa gembira... :)
kadang-kadang aku rasa biasa... :|
kadang-kadang aku rasa marah gila... :#
kadang-kadang aku rasa layan... :*
kadang-kadang aku rasa xda rasa... @,@

semuanya kadang-kadang je...tak selalu...
macam mana ya kalu AKU...

selalu rasa sedih?
selalu rasa gembira?
selalu rasa biasa?
selalu rasa marah gila?
selalu rasa layan?
selalu rasa xda rasa?


kalau terjadi pada korang keadaan dalam erti kata selalu itu... diantara salah satu dari perasaan itu, bagaimana pula ya awak, awak dan awak?
pernahkan anda terfikir kemungkinan berlaku perasaan itu?
hmmm...cannot predict the life kan...but-----

life is sweet when we can be cool with those.. haha kan kan kan awak?

ok tu jer - chou


Monday, July 4, 2011

just BE your OWN...



she said she really dosen't trust anyone anymore..
she said she love ALLAH..
she said she only flow with the faith..
she said she dosen't deserve the thing that everyone wanted most..
she said she must know herself first..
she just ONLY wanted to CONTROL herself because SHE WANT TO BE THE BEST among THE BEST..
she KNOW THAT SHE HAS THE OPPUTORNITY to get THAT..

WE NEVER KNOWS OUR FUTURE but WE KNOW HOW TO GET THE FUTURE....-ash

remember al-baqarah 2:286

BUT LET ALLAH BE OUR GUIDAINCE after ALL the circumstance...

LOVE ALLAH...then YET YOU KNOW where THE HAPPINESS come into urs spirit..

:)

she said she dont need to fall in love at someone...unless the man LOVE her so MUCH..

the only thing that SHE will ask to that man is LOVE because OF ALLAH...

B)

Wednesday, June 22, 2011

INI KISaH WA TALA TIPU PUNYER

aku rasa aku nak wat ape jer yg aku suke...n aku xkuasa nak peduli lagi dah...sebab AKU malas NAK dgr pendapat org..*unless kalu AKU ADA tya then BARULAH patut dijawab soklan aku tu....lain2 yg aku tak tya..sori..aku xnak  dgr....sebab....macam biasa NOT HELPLING..seyesly NOT n BYK KALI dan LEBIH byk BUANG MASA REMAJA DAN DEWASA AKU...so...plis don tell if i dont ask...NOT HELPING...

seperti yang dijangka...result i TERUK...ADA TRUN yag tak dijangka ..dan yg dijangka MMGlah TERUK..n ADE MMG DI ATAS sprti yg dijangka..dan ada yg XDIJANGKA OK....

kekadang aku pun tak tahu..mana satu YANG USAHAnya dan MANA SATU YG REZEKINYA...sebab seysly ... my result is not show WHERE WAS MY EFFORT that i ve DONE before.its like campoq wal tolak kali wal bahagi...papehal...alhamdulillah...NEXT TIME CONCERNTRATE MORE....MORE>...< N MORE...MORE RAJIN...MORE TYA...MORE DISCUSSION..LESS GOSSIP..LESS SOCIAL NETWORKING..LESS TENSION(i n hope sooo) N LESS CONTROVERCY...grrrrr...kalu lah kat dunia ni xde sampahn kan BEST...

asal SETIAP SEM JER BERAZAM TAPI....cam TAK PERNAH PUN DEKAN! derrrrrr..........kekadang rasa cam frust HABIS..tapi usaha gak lah walu rasa stress gila....ah...ntahlah...PEDULILAK....floW JE LAH...

YANG PENTING AKU TAU BUAT AP YG PATUT...

Thursday, June 9, 2011

saya mesti tahu ..

 telah di"share" melalui blog ntah lah..."mintak shre yer"..tq


Wanita Solehah Perhiasan Dunia. Inilah salah satu persediaan untuk insan yang bernama wanita untuk menjadi seseorang yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona.

"Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra, andainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwahah"

p/s: Indahnya wanita bukanlah pada kecantikan, harta ataupun darjatnya, tetapi pada akhlak serta budi pekerti yang mulia ;)

Monday, June 6, 2011

hey u ...read this...i hope u can change urself..BEFORE, BEFORE u advice someone else that u xkenai habis...k!

Ketahuilah sesungguhnya tiada manusia yang maksum di muka bumi ini kecuali Nabi dan sesungguhnya perbuatan mencari-cari kesalahan orang lain lebih-lebih lagi dengan cara mengintip (maksiat peribadi) adalah dilarang dalam Islam, seperti yang diamalkan majoriti sekarang.

Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya ‘Ulum al-Din. telah menyebut mengenai rukun-rukun pelaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud pelaksanaan Al-Amr bi Al-Ma‘ruf (menyuruh kepada kebaikan) apabila jelas ia ditinggalkan, dan Al-Nahy ‘An Al-Munkar (pencegahan kemungkaran) apabila jelas ia dilakukan. Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:
“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Taala telah melarang hal ini. Kisah Umar dan Abdul Rahman bin Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab Al-Suhbah (Adab-adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar.
Lelaki tersebut telah membantah Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara.” Umar bertanya: “Apa dia?” Dia berkata: “Allah Taala telah berfirman maksudnya: ‘Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain’. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman maksudnya: ‘Masukilah rumah melalui pintu-pintunya’. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman maksudnya: ‘Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya’. Sesungguhnya engkau tidak memberi salam.” Maka Umar pun meninggalkannya. Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut.” (Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).
Yusof Al-Qaradawi telah menyebut perkara yang hampir sama. Beliau dalam bukunya Min Fiqh Al-Daulah fi Al-Islam telah menyatakan:
“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya.” Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat.
Hisab ini bukan menjadi sewenangnya seseorang di dunia, sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya, bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih yang bermaksud: “Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan dosanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Justeru, tiada seorang pun mempunyai hak sewenang-wenangnya untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyi. Terutamanya maksiat hati seperti riak, kemunafikan, kesombongan, dengki, kikir dan lain-lainnya. Sekalipun agama menganggapnya sebagai dosa besar, namun tidak dibantah selagi tidak zahir dalam bentuk amalan. Sebabnya ialah kita diperintahkan untuk menghakimi manusia apa yang kita nampak. Adapun hal-hal yang tersembunyi kita serahkan kepada Allah. Lalu Yusof Al-Qaradawi menyebut kisah Saidina ‘Umar tadi. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).

Dalam tafsir Al-Quran, ketika menafsirkan firman Allah yang maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani” (Al-Hujurat ayat 12).

Sayyid Qutb menyebut: “Namun perkara ini kesannya lebih jauh dari itu. Ia adalah prinsip Islam yang utama dalam sistem kemasyarakatannya, juga dalam urusan perundangan dan pelaksanaannya. Sesungguhnya bagi manusia itu kebebasan, kehormatan, kemuliaan yang tidak boleh dicerobohi dalam apa bentuk sekalipun. Tidak boleh disentuh dalam apa keadaan sekalipun. Dalam masyarakat Islami yang tinggi dan mulia, manusia hidup dalam keadaan aman pada diri mereka, aman pada rumah mereka, aman pada rahsia mereka dan aman pada keaiban mereka. Tiada sebarang justifikasi atas apa alasan sekali pun untuk mencerobohi kehormatan diri, rumah, rahsia dan keaiban. Sekalipun atas pendekatan mencari jenayah atau memastikannya, tetap tidak diterima dalam Islam pendekatan mengintip orang ramai.

Hukum manusia berasaskan apa yang zahir. Tiada diberi hak sesiapa untuk mencari-cari rahsia orang lain. Seseorang tidak akan diambil tindakan melainkan atas kesalahan dan jenayah yang nyata dari mereka, demikianlah nas ini (larangan tajassus) menempatkan dirinya dalam sistem pelaksanaan dalam masyarakat Islam. Ia bukan sekadar mendidik jiwa dan membersihkan hati, bahkan ia telah menjadi dinding yang memagari kehormatan, hak dan kebebasan manusia. Tidak boleh disentuh dari dekat atau jauh, atau atas sebarang pendekatan atau nama”. (Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Quran, 6/3346, Kaherah: Dar al- Syuruq).

Dalam hadith Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.” Lalu Umar Ibnu Khattab berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu.” Nabi Muhammad s.a.w tidak berkata apa-apa, lalu lelaki itu bangun dan pergi. Rasulullah s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Rasulullah s.a.w: “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Dalam satu riwayat daripada Zaid bin Wahb, katanya: Dibawa seorang lelaki kepada Abdullah bin Mas‘ud, lalu diberitahu kepadanya: “Lelaki ini menitis arak dari janggutnya.” Kata Abdullah bin Mas‘ud: “Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas kepada kita maka kita bertindak”. (Riwayat Abu Daud).

Friday, February 26, 2010

terima KASIH!!!


tq for all that have wished ME Happybesday for my 19 years old.....it was the best wishes of my besday that i've ever had...the BEST....!! LOVE YOU ALL.....

Monday, November 2, 2009

TAK mungkin kerana SAYANG..

LAGu ini khas TUJUKAN pada diri SENDIRI...
Tak MUNGKIN KERANA SAYANg...........

Setiba di persimpangan
Langkah kita tak sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu


Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti


Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali


Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan


Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti


Tak mungkin kerana sayang
Hanya KADANG KALA AKU TERKENANG.........................................................


Sadis hati gua....
Bila terkenangkan NASIB GUA ini...
JIWA KOSONG sudah....!