pernah ada satu ketika dahulu aku dengan selambanya memotong satu borang dari satu majalah..ya majalah apa? biarlah ianya menjadi rahsia ok?
ku selak album-album gambar-gambar ku. ku cari mana yang sopan, comel dan anggun. . .
ha-ha-ha ntah bila masa pulak yang aku pernah jadi anggun? hanya perasaan aku sendiri yang aku layankan dengan bangga. rasa cantik seketika..well takdak salahnya kan? sekali-sekala je pun wey bukan selalu. jadi ku belek-belek mana yang patut..
naaa~~ satu gambar itu tiba-tiba singgah dimata ku. ku rasa gambar tu pasti mampu tertarik.ya tertarik pada para juri manusia yang ditugaskan untuk menilai... hee~~ ada jugak perasaan ingin kelihatan cantik ya wahai aisyah?
ah! biarlah aku wanita memang sudah dicipta penuh dengan emosi dan rasa cantik..siapa sahaja didunia ini yang tiada perasaan itu? jangan siapa-siapa harus menipu diri sendiri. mungkin kau bukan manusia jika cuba untuk hindar diri sendiri untuk tidak melihat cermin dan senyum sendiri-sendiri... naa~~ sekarang pun kau sudah tersenyum sipu-sipu malu.. sudahlah..sekala-sekala apa salahnya~ ;)
tiada siapa yang boleh marah kau jika punya rasa itu..bha..jangan kau takut ok ..jika tiada siapa pun mahu puji kau.biar aku puji..ya kau sangat anggun dan jelita...kalah monkey disebelah mu itu..kau lebih jelita darinya yang syukurlah dengan kelebihan yang kau ada dari rakan sebelah kau tu.. #eh (jangan marah)
kembali cerita..
ya ku rasakan gambar aku yang situ ini sudah mampu celikkan mata para juri..yeah aku rasa yakin dengan diri aku.. ku tersenyum terasa diri ini mungkin bakal dihargai.. terbayang dimukaku yang lensa-lensa itu bercahaya silau. tersenyum aku penuh lagak dihadapan.. ya "siapa yang paling jelita rupawan" "akula itu!" gelak sinis penuh bangga #puuiii~~
aku hentikan lamunan ku. ku kemas kembali selerakkan gambar-gambar yang lain yang ku sudah belek dan banding-banding..hanya satu sahaja yang disuruh tepek... jadi satu sahaja yang ku harus pilih..dan ku sudah pilih berdasarkan isi hati nurani ku..
ku penuhi butir-butir..ah saiz pinggang pun mereka mahu... yaa aku tak tahu pula.. tiada pernah seumur hidup ku pentingkah saiz pinggang? ah pergi pula ku mencari tali dan pembaris...
ku ukur pakai tali dan ku gunting..kemudian ku ambil pena dan ku tanda-tanda dan kemudian ku baca sekali lagi ukuran pinggang ku.. entengnya ku tak pernah pula rasa ingin sebegini tahu tentang fizikal diri ku.. :)
kemudian ku penuhi yang lain..ah hentam sahaja..aku pasti yang jika lulus pasti mereka akan pinta diukurkan lagi sekali...ah biasala itu.. "double cek" orang kata
jadi kemudian aku tersenyum..YAH! SIAP semua ku isi, gambar sudah ku tepek bagus-bagus. tinggal lagi tunggu gam gajah itu kering sahaja..betapa aku berhati-hati sampai gam gajah juala yang menjadi pilihan aku supaya gambar yang HANYA aku seorang sahaja yang rasa cantik itu tidak tertanggal. jad, mana sampulnya? ALAMAK! "hmmm.. mana sudahnya ku letak barang-barang seperti ini... ku punggah lemari usuh ku itu. gedetang-gedetung barang-barang ku terburai keluar dari lemari itu...sumpah banyak barang ku simpan rapi, kata ku mungkin barang-barang ini akan ku guna nanti..ya sudah jadi sampah bila dia fikrikan semula aku patut buang sahaja..simpan sahaja rasa sayang kalau tiada kegunaannya kalu hanya mengundang semak.
akhirnya ku jumpa, bukan putih atau koko tapi ungu..lama sudah itu aku simpan, dulunya ku buat untuk utuskan surat pada si dia ;) ah! si dia tiada lagi. maka aku gunakan untuk hasrat jitu aku yang satu ini...
jadi ku buka kembali majalah itu..ya mana alamatnya? mana? ku cari ku buntangkan mata ku bulat-bulat...sungguh ditulis dengan halus sekali oleh sang editor... mereka lupa yang para pembaca ini dari pelbagai destinasi dan lokasi... bukan semua punya kesempurnaan yang hakiki.. sadis jugak mereka ini, tidak memberi kemudahan pada semua pihak,terlupa pada manusia seperti aku yang istimewa lebih ini.. hmm dengus ku sebentar. "kurang asam!"
siap SUDAH! ya aku tersenyum sambil mengangkat layang surat yang sudah ku siap kan ..cantik kemas dan terapi... aku lihat dengan penuh sinar mataku bercahaya penuh dengan harapan...ya aku akan hantar dengan segeranya disertakan doa bersama. ku cium sedkit kata orang ambil tuah untuk kejayaan kononnya..
besok juga akan ku hantarkan jiwa aku itu untuk mecuba. mungkin aku ada TUAH juga seperti yang lain-lain...
-
-
-
-
-
-
-
-
aku terjumpa surat itu ketika aku sedang menyapu habuk diatas lemari usuh...
aku tersenyum sendiri kini...
ok itu sahaja , k bai~~ chou!
Ecah nak jadi model ke? :D
ReplyDeletedululaaa..~~berangan...lama dah haih ;) aku pun xingat bila ;)
Delete