Monday, June 3, 2013

Semangat ko, Joe!

Bertekad Cemerlang” hehehe. Tagline bertekad cemerlang tu, Universiti Malaysia Sabah punya. “Semangat Ko joe!” ni pulak, encik abang solehan  (baru nak linkkan fb abg solehan ni, xde lah plak) merangkap abang fasilitator waktu awal-awal dulu aku masuk UMS. Duk jerit lah ramai-ramai “semangat ko joe!!”

“semangat ko joe!!”

“semangat ko joe!!”

“semangat ko joe!!”

“apa diaaaaa????”

Kitaorang yang baru tahun satu ni skema-skema pun ikutlah jerit sekali “semangat ko jooeee!!!”. Tapi memang best abang solehan tu, dia sangat pandai memberikan semangat yang positif pada kitaorang yang baru nak merangkak-rangkak ke alam universiti ni. Muka dia manis, orangnye berisi-berisi, pakai spek, suka senyum, mengamalkan budaya tegur or say “hye”, memberi salam dan memberi senyuman. Yes! memang ter-admire lah jugak kat abang ni dulu. Hahaha. Alah! Biasalah budak-budak pompuan, bukan boleh tengok abang-abang comey sikit. Semua nak minat, siap nak berebut bagai. Lawak pulak bila aku teringat, aku dan roommate aku duk cakap pasal abang solehin.

“eh, best kan abang fasi kita?”
“ha’ah, best sangat, suka tengok muka dia, senyummm je sentiasa, cakap pun ada isi”. “kaaannnnn…. Bla …. Bla …. Bla ….”. Pastu gelak ramai-ramai (sengal) =..=’

Well, itu kisah dulu. Sekarang aku pun dah nak habis belajar. Macam rasa tak percaya pun ada jugak. Ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang sikit, tertonggeng, terbalek, pejam celik, celik pejam. Tengok-tengok dah sampai ke penghujung zaman universiti pula. Wahh. Aku rasa sangat lah syurga duniawi. Hehehehe. Tak sabar nak ke alam yang lebih mencabar, ke alam yang lebih luas, ke alam yang lebih lebih dan lebih dengan segala-galanya. Waiseh!

Ok lupa pulak nak bagitahu, kalau tengok “semangat ko Joe!” ni, mesti ada yang tertanya-tanya, Joe? Apa itu joe?

Aha! Inilah yang uniknya duduk kat Sabah ni, ko bukan belajar menda dalam kelas je, luar kelas pun ko still belajar benda baru. Kalau dalam bahasa Sabah, Joe tu maksud dia, Bro. Kira macam “semangat ko, bro!”. Macam “bersemangatlah kau!”, haaaaa camtulah kiranya. Banyak lagi sebenarnya bahasa-bahasa Borneo yang aku dah belajar. Dan aku sangat suka cakap bahasa melayu baku Sabah. Well, nak kata aku ni fast-learner tak jugak, tapi kalau dengan kawan-kawan Sabahan mesti aku akan terikut-ikut slanga diorang. Tapi macam biasalah diorang mesti akan gelakkan aku, atas sebab?

“bha, bidak bunyiqnya, qeras lagi pulak qo cakap.. sandikkk ooooo” LOL. Banyak kali aku kenak gelak dan kenak kasi dengar itu perkataan sandik tu sama mereka. Tapi, aku pun ikut gelak sekali. “Atoooqqoiiii…hehehehehe”. Yelah, aku tak kisah pun diorang kata apa. Apa yang penting bagi aku, sikit-sikit aku belajar cakap, dan menulis style Sabahan, last-last dapat jugak kot!. Hehe. Kan? tak salah mencoba, dan gagal dan mencoba lagi dan gagal lagi dan terus mencoba LAGI tanpa mengira masa, tempat, dan dengan siapa kita mempelajarinya. Hehe. Atoqoi tu macam Alahai :) haaa, kan dapat lagi benda baru hari ini. :)

Aku suka dengar radio K.K f.m. Best dengar diorang cakap sabah atau bahasa melayu baku. Memanglah bunyi K tu jadi bunyi Q je semua. Qalqalah kubra terlebih, Hehehehe. Cakap pasal radio, aku jarang buka K.K f.m tu. Kebiasaannya, aku dengar dalam bas, pagi-pagi kelas jam 8, pakcik bas suka pasang K.K f.m. lawak oooo, Slot sembang pagi, kekadang mata pandang ke luar tingkap, tapi bibir sengih sorang-sorang. LOL

Hari ini, aku nak buka sikit fail zaman lama-lama aku dulu, waktu time kat maktab. Aku suka panggil maktab je. Maktab Rendah SainsMara ek, bukan Maktab Perguruan. Saje je aku nak tengok-tengok balek zaman-zaman sekolah a.k.a zaman pra-matang aku. Pra-matang ke? For serius matterlah kan, aku rasa yang aku ni, dulu dan kini pra-matang tu memang ada lagi sebati dalam jiwa aku. Bagi aku, macam tak seronok kalau kita tak having fun dalam hidup kita. Well, kalau ikut cara aku belajar, aku ni kat sekolah rendah ke, kat sekolah menengah ke, kat university, style aku ialah time belajar is belajar, time serius is serius dan time main is main.

Well Nampak macam synchronize lah kunuk, tapi aku jenis happy go fun. Happy go Lucky? Aku tak bertuah sangat pun sebenarnya. Kira dalam kategori budak-budak biasa je. Hehehe. So, time belajar aku having fun, time serius aku enjoy the seriousness, dan time main pun aku enjoy and having fun. Penat, lelah, perit, semua aku taruk belakang siap-siap. Time penat biasanya aku tidur je terus, tak dak nak fikir-fikir complicated dah… yelah! Kalau fikir banyak-banyak pun tapi tiada tindakan dijalankan tak selesai jugak perkara yang complicated tu kan? So, heaven yeah!! dan itulah life-style aku.

Inilah kekadang aku malas nak bercerita sebenarnya, tak dak noktah! Ada je menda nak cerita. Ok balek pada checking fail zaman dahulu-kala tadi. Aku dulu subject paling suck dalam sejarah seantero hidup aku time maktab was Kimia and Add Math and English. Hahahaha.. ok korang sila teruskan menilai ye. :P aku tidak tahu sebab utama kenapa aku tokleh pigi those of the subjects. Macam otak aku ni seakan-akan bermonolog “pahal lah pulak aku nak kena tahu semua-semua ni? grrr!” waiseh. Tapi aku memang jenis keep moving on. Fail pun fail lah, aku jenis tak peduli pun. Didalam kesedihan akibat gagal itu, but still aku teruskan jugak perjuangan aku. What I mean, taktahu pun pigi bagi tahu semua lah balit. Hafal mana patut, practice mana boleh, tiru mana yang tak siap, dan tanya kawan mana yang hat pandai-pandai dan jumpa cikgu bagi sesi mentor mentee (hahahahah) aku kena kot untuk subject english. Teruk je aku rasa.

Percubaan SPM ada D hahahaha.. aku main dan tidur banyak!

click gambar untuk tumbesaran

Aku memang jenis muka tak malu. So, aku memang akan ensure semua persoalan-persoalan yang terbenak dalam minda tu bagi terjawab semua. Aku akan pastikan setiap questionmark tu ada jawabannye. cari sampai ke lobang cacing~. Haaaa. Gitulah… memang time matrik aku gigih gila study kimia banding biologi. hahaha~ tapi at last?..... Pasti korang pun ada jugak sebenarnya pengalaman macam gini. Ini cuma sebahagian kecil sahaja yang aku nak ceritakan pada korang. Just DONT GIVE UP and KEEP MOVIN' ON  

p/s- apa-apa pun yang kita buat, bagi sungguh-sungguh buat dan tidak lupa juga kurangkan mengeluh dan teruskan enjoy. Arasso??

Ok tu je kot! Chou~~

No comments:

Post a Comment

terima kasih diatas sokongan anda