Aku sgt sgt sgt sgt laaa sgtt xboleh tgk nama org len sebijik sama macam aku!! **walaupun ASH tu bukan nama actual aku :) |
pergghhhh hari ini ntah macam mana aku, sedang berseronok-seronok melompat-lompat didalam laman social network yang paling famous, tetibe ternampak nama ASH seperti dalam gambar di atas dan membuatkan aku rasa sangat ingin menyirap dan mensirapkan diri aku! Dah lah bukan satu, tapi TIGA.."ARGHHHHHHHH!!!" **reaksi aku skrg xde reaksi, tu semua dalam hati sahaja :) lek bro leks, aku bukan jenis cepat melatah. hehe
aku serius tak boleh tengok, walaupun bukan copyright aku, aku mmg tak boleh tgk orang lain punya barang SAMA macam aku punya barang-barang. Sampaikan kalau aku beli barang, aku akan amik inisiatif sendiri utk beli barang yang sgt rare dan limited edition. Malahan aku akan cari sampai semua yang pelik-pelik yang memang orang takkan sentuh punya utk dibeli. hah! so daripada pemilihan aku ketika membeli aku boleh lah detect siapa follow siapa, yes aku tak suka difollow melainkan orang-orang yang terpilih sahaja. Dan sampai satu tahap aku takkan beli barang yang eventhough aku suka, tapi disebabkan ramai sgt yang guna, aku akan cancelkan sahaja niat di hati aku utk membeli, walaupun minat tahap gaban terhadap satu barangan itu. YES! aku sanggup tak beli.. hehe :) punya cerewet tak cerewet-nya aku.
Serius aku tak boleh. Ntahla! dulu kalau waktu zaman baby-baby dan toddler dan kanak-kanak riang time-time raya mesti nak baju sama dgn adik2 bagai semua. Tapi kini sejak umur sudah melanjut ke alam nak kata matang takde lah matang sangat aku ni, aku memang tak boleh tengok orang mencetak dan merompak hak
Lately aku rasa semua barang aku harus di-"TM"-kan. Aku bukan jumpa nama tu je, tapi benda-benda lain yang aku rasa memang aku yang mentekakdarah cipta, boleh orang lain ambil buat harta, well aku tak kisah kalau tujuannya baik, aku benarkan. Ini yang bahagian-bahagian manusia yang menyalahgunakan hakcipta terpelihara aku! Malah aku rasa ayat-ayat aku juga harus di-cite-kan dah skrg. hahahaha **bajet sgt~ :P
Ntahlah, aku mmg takboleh tgk bila aku punya disalahgunakan. Aku ulang disalahgunakan utk tujuan yang NTOH PAPE NTOH! aku tak suka!
Ha-ha, Aku bukan nak cakap pasal nama diatas tu pun sgt sebenarnya, sebab nama ASH memang ramai je orang guna, so aku takboleh la bajet tu macam aku punya. dan aku punya nama pun bersebab aku reka daripada Aisyah kepada Ash Saef:) :)
Tapi mmg banyak ar orang ciplak wa punya style! seyes wa rasa macam nak kata "woi! nak cetak rompak pun mintak la izin dulu dari pengarah skrip!" :) LOL (baik hati gak weyh, aku takde r nak jadi kejam sangat). Tapi memang weyh, aku kalau boleh, aku nak remain diri aku as ORIGINAL or THE STARTER. Bak kata yang paling mudah Rate #1, guwa punya. haha~
p/s - bukan tak boleh copy, cuma biar dgn cara terpimpin sikit, mak tak marah punya kalau nak amik barang orang dgn izin tuannya :)
ok tu je kot! chou~
No comments:
Post a Comment
terima kasih diatas sokongan anda