Sejak kebelakangan
ini, wa dapat rasakan roda-roda kehidupan wa macam sangatlah paling level yang
dibawah sekali. Ye ke? Ok. I am not really exactly sure about that. But it just
what I’ve felt all this along. Rasa sebak tak tentu masa. Rasa angin tak kena kat
muka. Rasa nak tikam mana-mana. Rasa nak menconteng dan rasa macam nak jadi
makhluk hijau besar sejibik macam Hulk dalam komik Marvel.
Masalah? Ye.
memang berkaitan dengan permasalahan yang wat aku jadi, duduk tak kena, baring
tak kena, tidur tak kena, berdiri tak kena, makan tak kena, baju tak kena.
Senang cerita aku kalau ada benda atau apa-apa masalah yang tak diselesaikan
dengan segera, memang tempat yang berdekatan dengan aku akan kena tsunami
teruk. Haha kisah? Aku bukan jenis peduli orang~ sad to say and sorry to say.
Aku dulu kini dan selamanya kalau benda tak kena gaya, angin memang akan naik
kat kepala dulu. Dia bukan rilek, dia mmg akan berangin je. Perut tak kembung
tapi kepala yang tengah melambung. LOL (*dia merujuk pada aku)
Ntah! Aku tak nak
cerita apa yang tak kena. MALAS. Tapi aku memang sekarang ini dalam process to
persuade myself to be calm. Malah aku cakap kat diri aku. “Apa jadah
pun masalah yang sedang melanda, keep looking forward dan jangan toleh-toleh.
Kiri dan kanan pun tak payah nak tgk. Kau bukan tengah bawak kereta pun!” (*kau
merujuk kepada diri aku jugak ). “Macam biasa kalau kau berjalan pun,
kau akan jalan pantas dan tidak banyak bercakap dengan sesiapa. Asbab? Sebab
aku tak kuasa nak buang masa”. Hahahahaha tapi kalau jalan dengan
member-member, kau tolak aku, aku tolak ko. Ko duk kacau bahagian lutut
belakang aku, aku duk kacau bahagian lutut belakang ko. Ok itu memang baru ada
bukti yang dia mereka dan awak member best aku namanya tu. Member
seGiler aku panggil kalau ikut Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ASHSAEF~ wakaka.
Aku tak faham dan
sebenarnya aku taknak faham, tapi kadang-kadang aku suka terapkan ilmu
psychology yang aku penah baca dari pelbagai bahan bacaan seperti novel, buku
motivasi, novel, buku motivasi dan novel serta tidak lupa juga buku motivasi.
Haha :P Rasa ingin tahu kat dalam hati aku ni memang membuak-buak didada untuk
tahu dan ingin bertanya “Pehal kau, kamu, dia, mereka, dan awak here
on the mother earth, suka buat perangai yang amat sangat tak SENYONYOH??”
“pehal?” “pehal?” “pehal?” “pehal weyh pehal?” ok. Aku nak buat
nota kaki sikit, ini bukan seleksi nak cakap aku bagus, ataupun aku hebat jauh
sekali. Sebab kadang-kadang aku pun akan tanya kat diri aku dengan soalan yang
sebegitu rupa jugak. Like this bunyi nye: “kau pahal ash cari
nahas?” hahahahaha kadang-kadang aku suka tampar muka aku bila aku
berjaya cekup perbuatan-perbuatan sengal yang dibuat oleh diri aku sendiri. :) so fair and
square lah kalau aku nak tulis seperti yang diatas. Betul tak? :)
Persoalan demi
persoalan sengaja ditojah kedalam minda sendiri, mengapa? Kenapa? Bagaimana? Dan Bila? Empat
persoalan asas ini buat aku berfikir lebih banyak tentang diri aku sebenarnya.
Dan aku juga lebih kepada pencarian dan penyelidikan dari segi perlakuan dan
akibat selepasnya. hipotesis sebegitu dan sebegini akan dicipta dan aku juga
akan cuba jadi pemerhatian dan mengolah kawalan variable kepada kajian aku.
Setiap kelakuan punya sebab, dan setiap keputusan punya data. Data itu
kebiasaan aku akan ikat kemas untuk membuat lebih banyak lagi penyelidikan
seterusnya. Aku tidak tertumpu pada satu kajian, kerna mungkin jadi hipotesis
itu boleh diterima dan mungkin jadi tidak boleh diterima. Kekhilafan aku dalam
membentuk satu penyelidikan harus juga diambil kira. Mungkin kerna factor
dalaman aku juga boleh menganggu kajian. Siapa tahu? Ya, tiada.
Bercerita tentang
aku yang suka cari nahas, yes! Aku suka sukan ekstrem dan outdoor game. Kalau
dipanjangkan umur, lepas naik gunung kinabalu yang tak tahu bila boleh dapat
naik, nak jer aku cube try test Bunjee Jumping. Perrrghhhhhhh. Aku tengah
imagine yang skrg ni aku sedang cuba untuk menjatuhkan diri aku dengan sengaja
ke dalam gaung. Hew hew hew. Ok Aku tak takut ketinggian, dan aku juga tak
takut nyawa ku ditarik J “cakap nak kencang ek ash?”. Ok
jawapan aku: ”NTAH, aku TAK KISAH” :) Bagi
pengalaman yang kita nak serap dari luar untuk jadi memori indah bukan
berdasarkan pengalaman-pengalaman manis. Kerap kalinye ia datang dari
pengalaman yang Ntoh pape Ntoh. Setuju atau tidak terpulang pada hak individu.
Pengalaman datang dengan pelbagai cara, dia mampu buat ko jatuh, dia mampu buat
ko kecundang, dia mampu buat ko terpeleot dan dia juga mampu memampuskan kau.
Ok yang tu mmg kejam! Ha-ha
Mahu terima atau
tidak apa yang telah dialami, harus dilihat bukan sekadar dengan mata kasar
tapi perlu membuat beberapa penilaian seperdua kali, bagi mendapatkan
pengertian bagi setiap nilai waktu yang tampak susah itu. Kita saje yang anggap
itu cabaran bagi yang pernah mengalaminya mungkin anggapannya akan berbeda dan
lebih tampak tenang dari kita. Pinta tunjuk ajar pada yang pakar. Usah dibuat
keputusan tanpa data yang lengkap.
Lagi satu,
kematian itu sentiasa mengejar kita, mereka, kamu dan aku, konsepnya? Kita
dihidupkan untuk dimatikan. Macam mana berhati-hati pun kita dalam pekerjaan
dan perlakuan, Final Destination memang wujud
secara total. Tapi bukan yang digambarkan seperti yang telah difilemkan. *nota
kaki: Filem Final Destination tu semua MUNAFIK! (maaf, tiada kawalan bahasa
dalam menginterpretasikan makna kata, harap jangan dipertikaikan mengapa)
Sedangkan lidah
lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Sedang anak kecil diflush dalam
toilet pun masih hidup. Sedang bayi dalam kandungan pun boleh mati kerna
kekurangan zat. Tiada yang mustahil bagiNya yang Maha Dzat kita. Berita pasal
baby kena flush dalam toilet masih hidup adalah dalam tarikh ini hari
(29May.2013)
Kak lieza pinjam ek? hehe |
Dipendekkan
ceritanya, bak kata The Joker dalam filem BATMAN THE DARK
RISE :”Y SO SERIOUS?”
----------------------------------------------------------------------------
Aku tulis post ni
semalam, dan hari ni aku baru tgk matlutfi video sebelah
sayap
p/s- "Menda
ley settle" (ashsaef,2012) and just keep smiling :) :)
ok tu je kot! Chou~~
No comments:
Post a Comment
terima kasih diatas sokongan anda