Friday, August 3, 2012

Seurat Benang "Ingatan"


Putar-ligat aku kerahkan otakku untuk memikirkan sesuatu yang menarik untuk dikisahkan sejenak dalam laman sarang labah-labah yang khas aku bina bagi memudahkan aku memberi seperenggan dua kepada para-para peminat aku yang meminati laman itu secara rahasia. Laman yang mana aku mahu berikan satu perkongsian bersama mereka yang setia dan tidak jemu menjengah tanpa diseru pun nama mereka.

Pantas jari-jemari serta tangan berlikat aku cuba mengetuk kekunci-kekunci yang membantu dalam membina frasa demi frasa yang dapat memciptakan satu bayangan yang menceritakan pelbagai cerekacitra yang tersimpan kaku dan kelu didalam benak. Bergesel-gesel setiap samarinda masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi yang terdahulu keluar dari benak ke papan kekunci dan terus ke ruang pacaran LCD lap top dan selayar dipublish ke laman yang telah aku bina seraya dua tiga tahun yang lalu dan sekaligus dibaca oleh sesiapa yang sememangnya menanam hobi membaca sebagai satu jalan untuk membina pengalaman tanpa melakukan apa-apa melainkan dengan hanya membaca sesuatu bahan dalam era teknologi kini.

Seraya aku sibuk mencuba memerah apa yang terbungkam dalam minda aku. Aku terlayangkan diri aku kedalam satu pintu yang penuh dengan ingatan-ingatan lama yang kemas terkunci sejak berabad lama seraya bersama jangka hayat diri aku. Tersebut dari gaya bahasa aku ini, teringat aku ianya sama seperti dalam kisah wayang Harry Potter yang mana Professor Dumbledore membenarkan Harry memasuki sirat benang ingatan perjalanan hidupnya sebelum Professor Dumbledore berjumpa dengan Harry. Andai aku memiliki ingatan suka-duka-tragis-mencabar-dan-sebagainya, akan aku cuba keluarkan satu persatu sama sebagaimana yang terlaksana oleh Professor Dumbledore itu. 


Dengan adanya satu urat benang ‘Memori” itu, ternyata akan aku bawa penggemar cerita cerekarama aku ini mengikut serta diserap-sedut ke dalam satu mangkuk cecair yang terkandung urat benang “Memori” aku itu. Aku pinta agar kamu-kamu dan ya! juga kamu disitu yang sedang duduk bersimpuh khusyuk turut ikut serta berjalan dan mengembara ke dalam satu ingatan lampau yang kemas berkunci simpan di dalam rumah minda-minda ingatan jangka panjang aku ini.

p/s- apa maciam, boleh masuk sekali tak? Kih kih. . .

ok tu je! chou~

No comments:

Post a Comment

terima kasih diatas sokongan anda