Sunday, January 15, 2012

After 5 month

hai.. 
ye short saja post kali ni gua malas tulis lebar2..dan kalu gua tulis pun xde sape yang baca pun.. haha

setelah bercekang mata main fb / membuat assignment / study/ melakukan activiti yang bermoral dan etc etc tak perlula gua bgtahu pjg lebar
dah tibe masanya gua pulang ke kampung halaman gua dan melihat betapa kehijauan padi dipadang sawah, burung berkicauan dilangit biru dan bunyi deru2 angin sepoi-sepoi bahasa... *kejap since when rumah aku tepi sawah? ..krek krek krek..(bunyi cengkerik tercekik makan) 

ok skip that part.. 

gua balik rumah gua nak lompat atas katil gua puas2..makan lauk pauk mak masak ... buli adik adik adik dan segala adik yang gua ada.. dan segala-galanya yang gua akan buat apa yang gua suka.. haha.. 

ok skip this part also.. 

gua nak cerita pasal pintu bilik gua yang dah pecah... WHAT???!!
Sape makan?
sape kungfu?
sape ceroboh?
sape buat?
sape punya angkara? dan apekejadahnya yang dah berlaku?
dan segala sape2 jela kan... 

ok skip that question...

huhuhu setelah betapa lamanya dia berkhidmat akhirnya dia remuk jua..
as-bab nya? = 
ye kata pengurus rumah .. "pintu tersebut telah tersekat dan tidak mampu lagi dibuka oleh penduduk bilik aku, yang pada ketika ketiadaan aku.. berkata lagi pengurus rumah .. ketua rumah telah mencuba utk membuka dan menyepak dan menghempas pulas dan memulas-mulas pintu bilik aku dgn ganasnya dan cuba utk membuka pintu tersebut kerana kunci pintu itu tiada lagi berfungsi pada ketika itu.."

"oleh itu dgn terbukanya pintu tersebut maka hancurla ia dgn begitu sahaja..".

ok bla..bla...bla... telah membuat kenyataan pengurus rumah kepada aku...

dan betapa seronoknya aku melihat pintu yang tiada lagi khidmatnya kepada aku... 

hiasan dalam post kali ni..


"well 16tahun pintu itu bersama rumahku.. namun hanya setakat itu sahajala umur dia .. dan dia bakal dikerat 18 dan akan dihumban ke sungai yang bearus deras agar tidak kelihatan bukti2 kehancurannya..dan bilik aku akan diganti dgn pintu kayu jati indonesia yang berharga tidak dinyatakan dalam kenyataan diatas oleh pengurus..." - sekian laporan saya wartawan TVgilas jam 3ptg...

ok~~~ chou!!

No comments:

Post a Comment

terima kasih diatas sokongan anda