Sedang diselak-selak beberapa buah buku aku terpandang majalah kanak-kanak yang terselit di antara buku...
PENGHUNI SYURGA..

“didalam syurga terdapat bilik-bilik yang indah. Dindingnya tembus pandang, dipenuhi pula dengan hiasan-hiasan yang mempersonakan. Dalam bilik itu terdapat pemandangan yang tidak pernah ada didunia. Terdapat pula hiburan yang tidak akan pernah boleh disaksikan orang semasa hidupnya.” Demikian kata Rasullah SAW kepada para sahabat tentang keindahan di syurga.
“untuk siapa bilik-bilik itu ya Rasullah?” tanya salah seorang sahabat yang mendengar penjelasan Rasullah tentang syurga itu. “untuk mereka yang menyemarakkan salam, memberi makan kepada yang memerlukan, membiasakan puasa, dan solat pada waktu malam ketika orang lain masih nyenyak tidur,” jawab Rasullah SAW.
“siapakah yang mampu melakukan semua itu, wahai Rasullah?” para sahabat terus bertanya.
“mereka yang apabila bertemu dengan sahabatnya selalu memberi SALAM. Itulah yang disebut menyemarakkan salam. Adapun, orang yang memberi nafkah kepada keluarganya dengan baik dan mencukupi. Mereka juga membiasakan diri dengan berpuasa iaitu menahan diri daripada semua hawa nafsu, bukan sekadar lapar dan haus. Orang yang melakukan solat pada waktu malam ketika orang lain tidur nyenyak adalah orang-orang yang solat `Isya dan Subuh berjemaah.”
.jpg)
RAKAN_RAKAN sekelian.....
Setelah Rasullah SAW selesai berkata, para sahabat mula berfikir. Adakah mereka dapat menjadi penghuni syrga seperti yang disebuttkan itu?
Jika para sahabat yang sentiasa rapat dan mendengar nasihat dari Rasullah SAW masih tertanya-tanya ...maka KITA juga perlu berfikir mengenainya..
ADAKAH KITA LAYAK untuk menjadi PENGHUNI SYURGA seperti yang diperkatakan oleh Rasullah SAW ..
INSYAALLAH...sekian..
No comments:
Post a Comment
terima kasih diatas sokongan anda