Friday, December 13, 2013

Chapter 1 and 2 and 3

Hola, sawadikhrab....

setelkan apa yang patut disetelkan.
sakit tulang belulang,
berpinar mata bebola,
tergeliat urat tengkuk,
lembik badan-badan. 
**ini semua oVEr!! :P

dan bagai bagai bagai bagai dan bagai...

Projek 20juta guwa nii... hopefully dapat markah elok lahhh.. amen.. 

presentation guwa dengan dua Mr. kelmarin iaitu mr M. and mr N. so far so GGGGOOOOODDD laaa...

sikit je lah kena suruh ubah... sikit je.. tak, serius sikit je. memang bahagian yang aku tak berapa nak prepare betul-betul.haha. pandai betul mr M serang bahagian weak spot aku. choi betul. 


haaaaa.. ni desktop terkini guwa! :D

nampak tak betapa biziiiii nye guwa?? 

makan tak lena,
tidur tak basah,
mandi tak kenyang....haaaa giteww 

kejap kejap.. tidur tak basah tu haruslaaah kan! XP

ponat jugak woooaaahhh, nak memikirkann nilai market guwa punya projek ni... 
poning kot.. 

harini ingat macam nak cerita banyak, guwa kumpul since petang after present.. nampak gayanya idea dah hilang.. wohaaa.

so, ni je la kot.. 

ok tu je! chou~

Monday, December 9, 2013

worldless wednesday - it raining and it healing

SARANG-haeyoo... **tetibe**

hahahaha... k.. tak nak cakap for today.. besok guwa ada dua jenis presentation...
satu, for subject fermentation, dua, for my final year project.. 

tadi buka laman smp, checking my LI result... LOLOS... dalam TERBOLOS.... taknak komen pepanjang...  let by gone be by gone.. besok ni yang lebiy penting weyhhhh.. guwa dah meroyan tunggeng cari maklumat.. takut tak dapat jawab pulak soalan2 dari examiner... seriusly guwa makan je keje skrg, sebab stress. bilalah ntah guwa nak habes belajar taktau.. am fucking tired, really.... opss mencarut pule.. eh jap tadi guwa cakap xnak cakapkan?

k.... 


yang sebenarnya nak tunjuk gambar ni aje.. hahahahaha..

#natural #rainbow

bhah!

p/s- cube cari typo guwa, korang perasan tak? perasan tak? haaaaa.. tolonglah perasan. 

ok tu je kot! chou

Wednesday, November 27, 2013

Tiada bertulang, Lembik tapi Membunuh

hohoho... Salam. 

Straight to the point.... 

What is the thing, yang tak bertulang, dan lembik, tapi membunuh? 
ok.. pandai2lah ko jawab, kalau tahu. 

sejujurnye aku takde banyak motif nak bercerita tapi aku just nak bagitahu. yang kadang-kadang sampai satu tahap, memang kadang-kadang bila aku naik darah. semua verb-verb yang "best" untuk didengar akan keluar.. 

Well, yang sebenarnya bukan aku sorang je yang akan bertindak macam tu tapi RAAAAAMMMMMAAIII dan BANYYYYAKKK dan biasa lah kan kalau kau dengar. pun.. EVEN kau yang kadang-kadang berlagak mulia pun akan melakukan perkara yang sama.. ye kaulah yang tengah rasa mulia sangat tuh. ye kau.. terima kasih sebab rajin buka sini.. hahaha.. so sweet dan aku menghargainya. 

simple wordnye.... aku, kau, dia, mereka, and who-so-ever sama je.. 2x5 je dalam mengeluarkan verb verb yang "best" by the time tengah high pressure. faham? tipulah tak penah.. xyah lah nak bermulia sgt disini.. cukup cukup lah tunjuk mulia.. 


ok. ok. ok. ok. aku bukan nak cakap pasal kau kat sini. kau bukan bahan menarik untuk dipanjangkan cerita. 

-



-



-



-



-



-




-




-




-




-




TOPIK AKU KAT SINI... menda apa yang tak bertulang, lembik tapi membunuh??? 

p/s-dan jangan sebab dia, kau terbunuh weyh~ hati-hati ok hahahahahahaha.. kbye :P (aku just melawak je untuk p/s sini, jgn nak skema dan amik serius sgt) 

ok tu je! kot~

Tuesday, November 26, 2013

Giveaway Peserta Bertuah

motif: suka-suka, main-main, just for luck... (rajin sgt aku)... pffft~ kbye


KLIK BANNER UNTUK JOIN
HADIAH:

Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.

TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Wednesday, November 20, 2013

Wordless Wednesday : Kenapa

Kenapalah kan, Kenpa, ya persoalan dia sini Kenapa bila kita cube nak lupakan sesuatu, tapi macam susssssaaahhh gila tahap max! nak lupakan...... TAPI.... 








































TAPI, TAPI, TAPi, menda yang penting, yang Perlu diIngati, yang fundamental, yang crucial, lagi essential tidak pula tersenarai sekali dalam bahagian tempat yang tak boleh nak dilupakan tu???

p/s- pernah terfikir tak kenapa? ye still persoalan dia kat sini KENAPA, dan bukan siapa, dan bukan apa, dan bukan bagaimana... haaaaa..... wordless kan, wordless tak?? 

ok tu je kot! chou~

Sunday, November 17, 2013

Busy, Busy, Busy

Hyeeeeeee!! senyum sikit semua, u all...haaaa manis gitewww... hahaha pui!

Hari ni memang terasa sangat gedik nak update blog. meronta-ronta ni nak mengupdate. macam kena marijuana. tak boleh kalau tak sedut sikit. haaaa.. Maksud aku, time busy tu lah yang beriya-riya nak update blog. dan time free tu tidak lah pulak nak terhegeh update.. haaa. kbye 

Berkoyan-koyan ni kerja sekolah aku nak kena wat. kelmarin baru je dapat lagi satu assignment. kata Ah chye, take-home test.. ermmm hati guwa time tu cam YEAY! happy lah kunuk.. boley buka buku, boley buka google, boley pirate sana ley pirate sini.... taik semua tu taik semata-mata. tu semua poyo belaka. Dah nama ah Chye!.. ada buku depan mata pun, macam takde, ada google pun boley buang lah browser tu.. haaaa.. nampak tak level degree soalan dia tu? geraeeemmm jugakla. guwa terpaksa ambil masa yang lebih-extra-lama-bertapuk-dimeja-study untuk mencari-cari segala kriteria-kriteria yang diperlukan untuk dapatkan carry-mark dari assignment ah chye ni..

Ah chye kata dia bagi soalan take-home-test sebab kalau dia bagi test time kelas 2jam masa, sore pun dok boleh jawab. nampak tak betapa dia baik hati dengan keputusan menukarkan test dalam kelas kepada test-bawak-balik-rumah... haaaaa.. tetibe aku rasa bagus lagi test dalam kelas yang hat 2jam tu, daripada bertenggek kat sini lebih lama lagi demi mencari sebatang dua kerat sumber yang mana dalam cara-cara permarkahan ah chye cukup lah C tu memang daebak dah kalau dapat.. seriously weyh.. C tu memang dah hebat. B tu Genius, A tu lebih dari Albert Einstein 

Dalam masa 72jam kata ah chye, "boleh lah kamu-kamu semua (kami food technologist) siapkan take-home-test sebanyak 20page maximum tidak termasuk rujukan dan lampiran." 

cheese-dale! 

k sambung wat kerja. 

ok tu je kot!! chou~~

Wednesday, November 13, 2013

Wordless Wednesday

WHY something, sometimes it's just too COMPLICATED for me to understand?
























































to be honest, I STILL don't get any CLUE!!!

p/s- hahaha.. wordless tak?

ok, tu je! chou~

Monday, November 11, 2013

Aku harap, Aku yang Salah

Assalam, hye, Peace Upon You... and what'z up? 

Gosh!nak mula camna taktau, tapi aku nak tulis entry ni dengan sekali nafas boleh tak? haha.. kalau boleh, memang lama dah aku cabar diri aku taip dengan sekali nafas. :D

Nak cerita satu rasa yang baru terwujud, ya! aku baruuuuu saje rasa tadi..damn it! ini semua salah tangan aku. disebabkan tangan aku yang tak berhati-hati, maka tertujah khilaf sampai ke hati... rasa hati aku tentang Robin si Gergasi Coklat...

Boleh-boleh di pagi hari ini, ye hari isnin ini, yang cerah lagi aman dan damai. macam biasa sepatutnya aku akan sambung mengular. dan bila matahari terkinja-kinja sebuk nak naik nanti lah aku baru nak giat mara kan. tapi cuti spring-break seminggu dah habis. keje selamba saje-saje aku bagi kumpul semua letak menggunung kat atas meja, demi nak siapkan kesemua-semua-semuanya dalam masa satu hari. semua dalam satu kisahnya. percayalah. thats make your homework more challenging, and make you become a better typewriter. macam cicak kobeng jari-jari aku menaip nanti. hahaha...

Masuk part tengah perenggan sekarang, ok semua tadi mukadimah nak cerita keadaan aku sekarang. perasaan sekarang happy! of kos. sebab hari pagi patut happy, macam mana sesak pun hari isnin itu, kau patut rasa happy, dan bahagia tentu sekali, sebab bahagia yang disedut dari bayu pagi. aku di nabalu, cuaca hari ini diramal tidak hujan dan tenang berangin seperti biasa, ok aku hanya meramal mengikut gerak awan yang berada kat luar jendela aku. 

Jap! bila nak masuk cerita ni?? haha.

Ok lah, aku buka langkah plot yang sebenar, ok. kau orang sabar-duduk-elok-elok-diam-dan-teruskan-mengeja-serta-mencerna.

Owh. rancak pulak tangan aku menekan-nekan page whatsoever kat chrome ni, buka macam-macam page dari malam tadi, dari satu cerita ke satu cerita, dari dunia mars terus ke venus, tersekat kat pluto balik ke dunia sebenar. then baru je tadi aku buka site Robin si Gergasi Coklat. lambat macam biasa, web berat bertan-tan loading, aku tunggu sampai site tu buka dari atas sampai bawahnya, dan kesudahanya.....

PPAAANGGGGG!!!! 
Tak semena pagi yang nyaman, bagai direntap dengan hanya sekali loading site itu je. aku bagai ditampar dengan tangan invisible dan diterajang dengan kaki si hollow man. rasa sesak nafas tiba-tiba,. terus aku rasa kecewa, macam biasa pagi sejuk tadi pulak tibe-tibe boleh jadi panas. ada beberapa jejer air menitis rata ke papan kekunci aku sendiri. 

Tak! aku tak percaya apa yang aku nampak. sungguh aku taknak percaya. walau hakikatnya aku dah terima seadanya. walau memang dah tahu cerita mulanya. dan kenapa mesti aku betul lagi? kenapa mesti aku punya ramalan tu mesti tepat? dan tentu sekali aku bukan adik sepupu ahli nujum, tapi kenapa boleh betul apa yang ada dalam kepala aku ni? kenapa? kenapa? kenapaaaaaa????!!! dan kenaaaaaaaaapppppppaaa????!! (aku tengah menjerit ni, dengar tak, kalian?)

Macam mana otak aku buat kira-kira? dan kenapa time exam, aku asyik dapat C- je memanjang. tapi benda-benda yang agak tak ber-education ni, aku LULUS dekan plak? macam gampang rasa dia sebenarnya sekarang... fuh akhirnya terkeluar jugak bahasa sankrit yang disembunyikan oleh para ahli sufi.

Tak! aku nak yang sekarang ini, aku tak penah jumpa dengan Robin si Gergasi Coklat. dan aku nak, aku sekarang dibolehkan untuk putarkan balik masa, dan ubah masa lampau. yang aku tak pernah pun pernah bersalaman dan bermesra-mesraan dengan Robin si Gergasi Coklat. dan aku nak apa yang ditulis ni boleh jadi kenyataan. dan aku jugak nak by hook or by crook, voodoo will make what ive wrote here, Puff! and it's happening! hahahaha. mustahil? tak, ianya tak mustahil boleh jadi.

Aku harap yang aku salah sebenarnya, aku harap yang aku tak betul, dan aku harap yang aku tak pandai buat math bab proBABIlity, selain itu, aku harap yang aku tak pandai taksir dan aku juga harap aku tak reti nak guna deria-deria rasa yang duk ada sekarang. dan aku harap dengan harapan yang tinggi seinci, yang aku salah sebenarnya. tapi, Damn it! aku skor lagi~! arrrrrrrggggghhhhhhhhhhhh... (hopefully lega lah sikit rasa hati ni dengan menjerit pakai huruf2!) :P

Dan masih lagi aku tak percaya tau sekarang! kenapa lah mesti aku betul kembali? aku harap kot yang aku salah. salah semua sekali. semua yang aku rasa itu salah. 

p/s-aku harap sangat-sangat-sangat kot yang aku memang salah sangka! tapi tidak rupa-rupanya... 

Tapi kalau Tuhan yang BerKuasa tu nak bagi petunjuk, memang dengan macam-macam cara weyh, tupai yang pandai melompat jauh tu tetap boleh mampu terseliuh kaki belakangnya dan terjatuh ke tanah juga. what reveal, soon no need to hide about it anymore. 

(tetibe je ending entry macam hampeh kan?)

ok tu je kot! chouuu~

Sunday, November 10, 2013

Jadi Pendiam Kunun

Hye and Assalam, Selamat sejahtera! ho ho ho... howyeahhh!!

Wahhh lama gila tak update blog ni, sunyi betul sini... macam bunyi cengkerik pun macam dah takda... haha, sebulan lebih gak woyhh tak mengarut!

Sejak kebelakangan ni, aku jadi agak pendiam sikit... rasanya macam jadi pendiam lah,,, macam lah... kurang gelak ketawa, kurang berso-sial, dan kurang berjalan-jalan buang karen... heee~ sebab? tiada sebab. dan aku pun tak cari sebab dia kenapa... dan aku pun tak tahu kenapa aku tak cari asbab-asbab dia. :P

Best jugak sebenarnya keadaan sekarang ni, tak kelam kabut, tak serabut, tak kolot, dan tak terlalu gila hoha... heee~ aku jadi budak tepi-tepi je kali ni, bukan jadi perhatian orang. feel cool actually, Tenang dari biasa. 

Apa yang aku suka jadi pendiam buat masa sekarang ni adalah aku punya kepala tak serabut dengan rungutan-rungutan atau masalah-masalah picisan orang-orang lain. jauh sikit daripada hal itu, kalau ada pun, aku amik tahu dari orang-orang berdekatan dan yang penting sahaja. malah, aku rasa lebih bebas dari biasa sebenarnya. tak tertakluk pada ideologi-ideologi brengsek yang memualkan otak. sebab prinsip hidup aku "menda boleh settle", so, benda kecik tak payah bawak cerita. setel satu orang satu orang pun ok sudah.

Ada masalah, pikir lah jalan dol!, pikir cabang jalan dia. senang citer buatlah jadual ke, peta minda ke, buat bagi nampak sikit apa sebenarnya yang ko tengah hadap. (kadang-kadang ko takde masalah pun, saje buat teruk lebih je weyh, betul tak? hahaha) 

Kalau masalah itu macam susah nak diselesaikan, just get used to the feeling, maksud aku feeling-feeling serabut tu, biasa-biasakan. then tunggu idea dan ilham Tuhan.. sebab kalau kau sorang kata ko ada masalah, setiap yang bernyawa wajib dan memang akan ada masalah yang tersendiri dan masalah diorang pulak ada keunikan masing-masing (masalah pun ada uniqueness weyh, kelas ko jah! hahaha) 

And u know what, satu hari nanti ko pasti akan dapat juga cari jalan and cara terbaik utk handle problem ko tu. haaaa macam tu lah kunun prinsip aku, kalau hadap masalah. atau pun cara paling mudah.. diam dan banyakkan berdoa. berdoa minta bantuan la of kos.. orang kalau jarang buat menda alah ni, problem yang ada kat diri memang susah nak out dari diri tu.. percaya taK? percayalah.... 

Tu je sebenarnya, bila ko hadap masalah, besar ke kecik ke, tetap ada jalan dia, teda payah ko risau sorang-sorang bha... wat rileks. and fikir. tu gunanye fungsi otak ko. jangan bagi dia berkarat dengan bayangan-bayangan kolot yang ko sendiri cipta  

Cara kedua, bagi aku cara senang, bawak discuss sama genk-genk rapat ko about apa yang bermain dalam minda ko, actually kadang-kadang terlampau banyak pikir tu yang kasi masalah tu nampak besar. percaya tak? kita sebenarnya kadang-kadang bermain dengan minda kita sendiri, fikiran-fikiran yang kolot dan tak bercambah lagi tak bercabang, itu pasal kadang-kadang kita fikir "sumting" (menda yang kita anggap masalah itu) sebagai satu masalah.. padahal bukan masalah or apa-apa isu berat pun. otak ko psiko ko je kot.. (ada meh camtu?) haha.. Faham ka jugak apa yang aku nak sampaikan ni? 

Bawak discuss supaya boleh brainstorming ko punya curiosity tentang sesuatu yang duk main-main dalam neuron-neuron ko...kalau malu nak bincang, carilah mana-mana sumber ilmiah atau sumber yang ber-authorize yang berkaitan dengan isu yang ko nak bangkitkan tu.. bawak-bawak tambahkan ilmu didada.. mungkin sedikit sebanyak membantu.. zaman sekarang. semua kat hujung jari. patut masalah pun mesti nampak simple je dowh.. suppose to be laaa kannn... masalah taknak dekat dan bermanja-manjaan dengan ilmu dan ilmuwan boleh jadi asbab kenapa masalah teda pandai setel, ko main suka-suka je wat teori dan assumption sendiri. ego tau ego? rasa diri sendiri habis terer kunun.. haaaa boleh jadi... yaa boleh jadi!

Ok. stop right there! aku sebenarnya nak cakap lately ni, aku kurang bercakap.. hahahahahaha..  

p/s- boleh je kan kalau kita nak anggap satu isu tu sebenarnya isu kecik je??,,,, tak penat ke pikir lebih2 yang agak kolot yang takda ending??.. maksud aku kat sini, boleh bawak bincang bha tu, yaaa i mean, "menda boleh setel" cuma lambat atau cepat je ok. 

Ok setel satu entry. hahaha, tu je tujuan updatenye kat sini~ :P

ok tu je kot! chou~~

Tuesday, September 24, 2013

Is it me?

Heyy yoo! Salam! :D
Me during age of 6 months.
Kalau tengok sekilas, well it just a normal baby like every others babies in this world. #cute #innocent #flawless #GodAngel .-_- owh beria jugak lah nak berhashtag kat sini kan. 

Yup, this photo just showing the exactly me, like the others normal type kind of babies in every capture and moment that we've just saw before in pictures. hee~ As you know, people are so in love to capture babies photo. For them, Babies are special. Babies are something that actually exist by some sort of work of miracle for #Believer and well in the other words we can call it as "the work of Love". 

Then, what actually that i want to tell a tale here is, i saw this picture again and again and also have been through it again and again AAaannnnd done staring at myself tho', As because i put in facebook wall, #mybrain just start  to circulate all around, making some branches between all of neurons for both side left and right brain. Try to make up something that can make this picture looks ALiVE. And I just saw a baby, who actually can see what exactly this Big Fat World can be for 'her' (FYI, me is a girl. ok! ) :P . 

In my second thought, I just saw this baby look just so curious whats actually things just happened in front her. I also saw, she just liked really wanted to know something. The mimicked really made her wanted to think further about something. She's just wanted to know more, but still in clueless mode. The face that when by, she just don't want to miss something important. Like wanted to searching those something that been pass in front her... 

erm. what i want to say here, is she has got what she had been searching for?

p/s- its been 22.

#JFFF (Just For Fun Fact)

Dedicated song for today - Brave

With Style!
This Girl!
Ok, thats all for today! chou~

Thursday, September 12, 2013

Don't ask, Don't show, Don't tell, if you're Freaking F Fragile

Whatever you do, its depend on how you have been thought about it before you do it.
You also don't have to get busy by what others think and say about you.
If you want to get others opinion, ensure yourself to be ready to accept what others have been thinking you, and usually it will be different from what you want from them to say about you.
And its normal if their thought is different from yours.

People have different experiences.
Some of them have a lot, some are little and some aren't having any.
If you already ask about their thought, always remember that they speak out the opinion base on their experience.
On what they have been through, see, feel and done.
And yet you also need to remember, people are good in telling their story and yet not very successful in handling their own consequences.

ahhhhhh! malas lah nak cakap semua... lu pikir jela sendiri bukan susah sangat pun. You've been born genius.

p/s- kalau dah tahu diri tu tokleh accept pendapat orang. then dont ask them to say any of it, or dont show to them what you've done. make your life as simple as you can.

okeh! chou~
 

Monday, August 26, 2013

Apa Itu?

Sila abaikan model itu :P

A- sebiji telur
B- sebiji batu
C- sebiji buah, atau
D- sebiji biji benih

p/s- tak kenal maka taktahu, dah kenal maka "OWWWWHHH, itunye mendenye.." keh3x :D

kbye! chou~

Sunday, August 25, 2013

Black Rose

Assalamualaikum, 

Kepala guwa dari kelmarin, semalam hingga ke hari ini asyik-mahsyuk sakit dan berdenyut. Sekejap dia baik, dan besok lusa sakit tu jadi balik. Sakit tahu tak sakit?? Rasa macam panas je kepala ni. Dia ilang bila guwa dalam minda bawah sedar. Dia sihat bila guwa dialam halusinasi. geeerrrrrrrrrrram tau grrram?

Ok, hari ni taknak cakap banyak just nak upload gambar je.

Mood bunga dan debunga guwa titik!

Banyak cool kot warna dia. seriuuussssssly. 
Disebabkan guwa bukan minah bunga yang sejati, jadi bagi guwa black rose ini seakan-akan melambangakan satu tonasi yang tak dapat diinterpretasi secara makna tersurat.

so, Guwa pun mengonline dan cari sebutir dua butir tiga butir al-maklumaaaattt untuk mengetahui makna kata tersirat disebalik warna hitam itu. Aha!! meh click sini dan sini dan sini dan lagi sini dan macam-macam lagi site yang telah guwa baca. Ah! korang nak selebihnya buka site labah-labah ni banyak! k. Sila cari sendiri:P

p/s- ah! guwa ni under rejuvenation tak sudah-sudah! Muahahahaha

kbye! chou~

Saturday, August 24, 2013

Macam Macam Macammmm-Macam Macam Cam

Ada sesetengah benda yang kita patut teliti dengan sifat-sifat semula jadi manusia. Manusia yang sebenar tak boleh dilihat dengan mata kasar. Manusia yang kita lihat dihadapan mata kita hanya sekadar apa yang manusia itu nak kita lihat mengenai dia. Menggunakan mata disebalik mata kasar untuk melihat manusia yang sebenar adalah perkara yang manusia jarang sekali guna. Dan kejarangan menggunakan mata selain dari mata kasar adalah manusia-manusia dalam kategori kita-kita. Dan purata kita-kita itu adalah sebenarnya hampir satu dunia.

Ok aku tak seberapa nak ada motif buat entri macam ini. Dan aku tak peduli kalau tiada sebarang pembaca sekali pun. Kalau ada sekali pun, pembaca itu pun juga bukan dalam pemerhatian aku. Jika pembaca itu pernah wujud untuk lalu dihalaman ini juga bukanlah salah satu dari perkara yang bermotif untuk aku ambil tahu.

(ruang iklan)--Jadual rutin aku sekarang adalah sedang menunggu hari-hari terakhir untuk habis bekerjaya tanpa gaji bulanan ni. Sudahlah tiada gaji, KWSP jangan nak mimpi-mimpi lah kan.

(sambungan)--1) Apabila kita nak menipu seseorang. 
First kita kena tahu yang orang yang kita nak menipu tu bukan kaki menipu. 
Dan kita kena tahu yang orang yang kita nak menipu tu bukan jenis Smart-ass! Dan untuk kita nak tahu siapa orang yang kita nak menipu tu, first thing first kaji dia, dan jika dia macam kita iaitu memang kaki menipu. Tak payah bercita-cita nak tipu dia!

2)Apabila kita cuba nak sembunyikan rahsia kerajaan kita.
First kita kena tahu dengan siapa yang kita nak bercerita. Dan kita juga kena tahu macam mana orang yang kita nak bercerita itu simpan rahsia kerajaan dia pula. Dan kalau rahsia kerajaan dia pun kita tahu. Jadi tak payah nak beriya-riya bercerita rahsia kerajaan kita kat dia pula!

3)Apabila kita cuba nak ceritakan benda B agar cerita A tidak terkeluar.
First kita kena buat cerita B seolah-olah B itu cerita paling utama walaupun sebenarnya cerita A adalah dalam cerita B. Cerita B mesti semacam sama cerita A. Dan cerita A sepatutnya mesti bukan cerita B. Dan kalau cerita A terkeluar juga sebagai cerita B. Maka anda gagal membuat cerita A itu bersembunyi!

4)Kalau sudah memang berkaki bangku tak payah beriya menyepak bola ke dalam gol.
First thing kalau dah memang tahu kredibiliti sebagai jaguh bola itu terletak pada nama orang lain. Jangan kita pula mengaku nama itu sebenarnya nama kita. Jikalau nama dia sama dengan nama kita. Jaguh bola itu tetap pada nama kita yang ada pada dia!~

p/s-Takfaham?? baca jela lagi untuk kali kedua!

for smart-ass only! Chou~

Wednesday, August 21, 2013

Dot Dot Dot

Yesterday, am in a mood of fierce. I said something that i should not, I kept something that i should not have to.

The thing that have made me furious, is exactly not a matter for me. But because of the reason of that i already had a feeling toward it, therefore i want everything should be in their places.

Am wondering if it is my mistake to get fury? but it is my truly mistake if when something gets wrong and i just took it for granted.

The reason why I've got loads of anger,is because the Love inside my heart is already full downloaded. 

How did the Love been downloaded? I really don't have any idea about it, it just came up, show itself and live along together with me.. and each days the Love makes me look crazier than am before. 

the Love makes me fall..

Each day i felt like i just cant live without it..

Stay with it makes me feel happy,

and disloyalty makes me soooooo unreliable toward every things.

 Its has been more than a year now.

I AM HOPING THAT I HAVE MADE A GOOD CHOICE by FALLING IN LOVE TOWARD HIM.. 
who?
yeah you!

p/s- segan nak letak gambar dia kat sini. too sexy to be watch. :P

ok that's all for today! chou~~

Friday, August 2, 2013

Flawless Friday - The Unleashed Sorrow Chapter

At first place, you've asked yourself to create some memories......
Making some Fun, joy, happiness, history, awesomeness, and blarhh blarrhh blarrhh..... 
Like the world was ours.... 
The young blood was released all over a part of our body...


Making lotsa lotsa lotsa of friends and partner... 


 Making some crazy's stuff here and there...


Making some nooooooiiiiseeee....


Sing along whereever, whenever and whatever song that all of us love a lot...


Prank one of us, and boom them to death... haha...


And making the stories, chapter by chapter, from epilogue to the last, yet told the untold and told everybody the revealed one... 

But,
Who knows...
How the end would be....

Some memories, you've to force yourself to push a delete button for some reason.... 

Who knows... 
That's was your story, 
Who knows...
This is the end of the journal...
And who knows...
That's was a darkness side inside your journal now, 
The fun side as predicted has being changed...

And yet, you still kept it alive inside you...
till when??
Let the sorrow become your best friend...
Let the tears drop released the memories...
Let the bed become your listener...

~the end~

p/s- Some of it bring me more tear...wishing that wasn't mine, who have it all...

ok thats all for today! chou~~

Monday, July 29, 2013

I Try To Let It Go PART 12

Trying to put myself in meditation zone more than i have done...
Rehabilitation my own heart...
Get used to something, someone, some places that i don't want to be with...
it hurt me to stay strong...
it deeply have made myself in pain...
To stay at same place which kept hurting me is not worth..

Deep i try not to keep the "thing" by myself...
Trying to find the way out of it...
Trying to put some effort in stay stronger, so that it can be the same peace that i used to have...

Find someone who can give me their opinion... 
Find someone who can help me without ask for payment...
Find someone who willingly give courage for me to make the "thing" out of world...
the "thing" that we shouldn't have in out daily life...

I need get myself out...
Out and go for something new...
Close the door behind my back, 
and Open the new one in front of me...
Stay with new thing..
Make myself change to something that new and am not used to be...
me myself, Change to something that the "thing" can't see me again...
Change to something that make me more available to be myself without  any feeling of guilty to do something that i like...
to do something that i love...
to do something that beyond my passion...
to do something that others don't...
to do something... yes... something different than being particular me!

I ask God "what actually do you want me to know about world?" 
i pray to God "Dear God, am not that strong enough to hold the circumstances and obstacles"
i ask God again " why don't you give it to other just as same as me hold it right now, so that i can have friend hold the same situation, so that i can share to people who understand what i facing right now?"

I still have no idea what exactly the "thing" up to,
I still clueless why the "thing" should survive...
The "thing" has corrupt many others people heart include me...
I tried to run... 
I tried to ignore...

In the mean time... 
It keep chasing me...
What influence the "thing" choose me as it's prey?...
Am Nothing, Am weak, I beg the "thing" to make itself stop chasing me...
I want to ignore it for the whole of my life time...

p/s - soon or later the "thing" shall be Nothing. am hoping for my own changes. 

"Stay Strong, Be patient, Keep Calm"

that's all for today! chou~~

Friday, July 12, 2013

Flawless Friday Nombor Ke-berapa Tak Hengat

Hobby dalam bulan RAMADHAN bersama adik2 tercinta, dulu kini dan akan datang
p/s- dulu kecik-kecik inilah barang mainan PALING favourite guwa dowh.

Tuesday, July 9, 2013

Ni Je Yang Guwa Mampu Update Sekarang

Assalam Ramadhan al-mubarak dan hai hai bye bye,

Hari ni gua nak menulis je apa yang terlintas di minda gua, gua bukan jenis blogger tegar sangat, gua baca apa yang gua rasa nak baca, gua buka blog mana-mana yang rasa macam nak buka dan baca, tapi lebih sekarang guwa lebih baca dan buka wall feed facebook, dan baca yang ringkas-ringkas sahaja, guwa scroll, gua hide-hide sikit, gua like, then yang mana best gua komen satu dua ayat bagi perangat. Hahaha *guwa jahat sikit. Or mungkin banyak~ :P kisah pulak guwa.

Blog orang yang guwa tengok tak bape nak menarik dengan bicara budi hati gua, tak terbuka lah gua blog mereka untuk membaca melainkan disuruh secara paksa.. wahhhh pandai orang sekarang main paksa-paksa gua baca blog deme, pui!

Aha! Tak delah semua blogger camgitu, ada setengah dua tengah je, itu pun gua reply kat depa, “ok, thanx” malas nak panjang citer debat, gua buka link, gua tgk sebarang dua apa tajuk menarik dia time tu, best gua follow terus, tak best gua ignore.

But most of all blog kawan2 gua je yang gua interest. Yang lain gua cam malas, sebab.. errr sebab xde sebab.. memang rigid MALAS je. Haha.

Ok gua kata tadi, nak tulis apa yang terlintas dalam kepala je, erm macam panjang pulak yang ada dalam kepala gua ni.  hahaha.

Best baca blog orang, guwa suka nak tahu kreativiti penulisan para-para sakura the blogger, macam-macam pattern of writing style, yang senget, yang straight, yang keling, yang warne-wereni, yang berbelit terbelit, dan whatevaarrrhhh! (tangan style talk to my hand gitew). Nampak sgt guwa malas nak baca.

Well, cam gitew lah cara pembacaan guwa. Gua jenis baca cepat gak ar, dalam seminit dua habis satu post, kalu best gua mintak LAGI LAGI LAGI siap jerit bagai ni mintak update.

Beza kalau kita layan fb, facebook skrg dah tak macam best facebook dulu. Guwa rasa facebook tu macam tempat attention seeker termasuk gua sedikit sebanyak, ntah, memang guwa rasa macam dah ada perasaan euwh-euwh sikit skrg dengan facebook. Pelbagai isu yang memuakkan, memuntahkan memualkan. Errr sama je kan semua maksud perkataan tadi? Haaa macam tulah tekak gua sekarang dengan facebook. Kita dah tak berngam macam dulu. Seriously guwa asyik rasa nak deactivate, deactivate, deactivate tapi tak deactivate lagi pun…hahahaha pui punya budak.

Ok, tetibe macam dah takde word dah yang boleh buat ayat.

p/s- harini punya post xde p/s- korang buat sendiri lah ek?

Ok tu je kot! Chou