Showing posts with label gua saja coret.... Show all posts
Showing posts with label gua saja coret.... Show all posts

Thursday, November 22, 2012

dan kerana PART 7

sebab aku tak mahu kau bersusah keseorangan,
sebab aku tak mahu kau terkapai-kapai,
sebab aku tak mahu kau diabaikan,
sebab aku tak mahu kau ditinggalkan,
sebab aku tak mahu kau menangis sendirian,
sebab aku tak mahu kau resah,
sebab aku tak mahu kau dibuli,
sebab aku tak mahu kau diterumbang-ambing,
sebab aku tak mahu kau terkeliru.... 

sebab aku tak mahu kau gagal bersendirian... 
aku tidak mahu lihat kau patah semangat dan putus harapan. . .
sebab aku tidak mahu...

kerana aku tahu keperitan itu, dan aku tidak mahu kau merasainyaa. . . 

ok, itu sahaja. . .
chou~ ~

Tuesday, August 7, 2012

Mind's Blank

My mind was blank; I am surely that are the feel which like to burst out at any moment. But I had to stop it from doing the usual thing that I used done when I get the feel. Instead of throwing it all out, I planned to stay shut with fully in a silent mode without any words and actions. I somehow realized that went i burst out, it’s really seem doesn’t gave me any good effect and known to more worst may give a lot of disadvantages toward myself and others.

What I am trying to say here I were actually want to try out of me to speak about what am I feel right now by writing my essay in English instead of straightly explain it in my mother tongue. It were tough for me to write this in foreign language! I really don’t know how to describe my sentences by using the correct words. Somehow I read it back and it’s actually was right but yet I have changed it and thought it was going into better usage of words but then it’s actually without me knowing they got went out totally wrong. Sad isn’t? Manage myself trying hard not to have any mistake by writing what my mind was up to in English were totally hard rather than I wrote in Malay.

But I am really sure that without any practice and without any constant motivation, I must be done it more rather than not achieving anything right? Yes! Surely I should do more on this for next time, so that I am in correct place in improvising my foreign language especially in basic grammar that I supposed to be good at it during primary school.

As you can see my writing here, I still not sure that either is it already correct or not especially on the grammar. I managed not to do any careless mistake; therefore I recheck it as many as I can so that it looks in better way of sentences what I have written it down. I can be surely that the grammar mistakes were still there. Ha-ha. I even don’t know how to make it sound perfectly right even automatically helped by the Microsoft system here. Why it is so hard for me to write it down perfectly like I used to write in Malay? Why sometime I can’t even felt it that what I have wrote was beautiful and straightly can be understood by others.

Truly, I felt horrible. I also felt that I am the worst after all, and even the younger can do better than me. The worst, they can do it excellent! I am really get jealous when I saw them speaking in English without any fear in their eyes and fluently pronounce all the words and moreover they have a neat timeline of what they wanted to say in front of everyone. And i am sadly were the most pathetical person whose don’t know how to speak it out clearly and as the matter of fact, in front of all people I had spoken what I does not mean to speak.

How I am supposed to change this bad habit during me myself speaking in English? How??

Ok, this is just the beginning of me. Sooner or later, I will help out myself to write it in English more often in a better way of sentences.

p/s- don’t get so serious what were actually blowing in my mind.

Ok that it is~ chou!

Wednesday, August 1, 2012

Supposely by hand its simple~

hai, 
dah lama tak melukis. saja nak asah balik mana skill-skill guwa yang dah lapuk lagi berhabuk tu.
tapi kali ni guwa try pakai computer, software ape ntah, dan bukan adobe photoshop...guwa punya netbook tak dapat tampung adobe photoshope. hehehe

macam budak TADIKA! huh, lama jugaklah nak mengcolour-colour bagai nih. . .
tapi apa-apa pun gua pasni akan try lagi mencuba melukis pakai laptop ni..
guwa geram sebab tak pandai nak pakai mouse ni untuk lukis gambar tu dengan lebih kemas. actually kepingin jugaklah nak ada tablet yang boleh melukis tu, pakai pen dia sendiri. dia fungsinya macam mouse jugaklah, tapi atas tablet tu boleh jugak kita specifickan cara melukis dan menulis, hmmm kalau je guwa ada benda alah tu, grafiti pun guwa mecreate dalam laptop je terus, baru advance, takpayah pakai kertas dan colour satu-satu...
penat jugak ooo~ 

first attempt

ini kalau adik-adik guwa nampak ni mesti dia ketawakan guwa... hahaha~
second attempt~



ini bila dah pandai mengaris-garis camni, gua tak tau plak camne nak colour, part colour-mengalour dia tu yang complicated sikit sebenarnya, kena tekun, hati-hati dan very very teliti~

guwa cube belajar mengaris-gariskan, dan cuba nampakkan dia macam real, 3rd attempt!
tak ape-tak ape, papehal guwa try lagi nanti!

p/s- the best part tang melukis ni, dia buat aku cepat mengantuk! tu yang guwa paling suka sekali sebenarnya, stress je melukis, then tidur la apa lagi! hikhik :D

ok tu je~ chou!

Saturday, July 21, 2012

It's Between Life and Death

hai everybody, indahnya hari ni dah masuk bulan ramadan iaitu bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua para muslimin. selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh barakahnya.

seperti yang saya sedia maklum dan orang lain tidak melainkan pelajar UMS seperti biasa genap hari ini sebulan kami menunggu setelah habis peperiksaan akhir semester dan macam biasa setelah sebulan yang ditunggu-tunggukan, maka keluarlah keputusan peperiksaan tersebut. dan telah dimaklumkan juga maka pergilah aku mencheck result aku dilaman portal SMP kami~ 

cuak tak cuak, gentar tak gentar, takut tak takut itu semua adalah perkara biasa~ aku juga manusia biasa haruslah ada juga perasaan-perasaan tu semua. akan tetapi kali ni aku sedikit tenang daripada yang semester yang lepas. entah kenapa aku seperti kurang sedikit nak merasa Excited tu. 

oleh yang demikian, WALLLAH ! seperti result-result yang lepas result aku kali ni semakin merudum~ YA aku memang mengagak yang kali ini akan lebih jatuh kerana ada subjek yang sememang membunuh aku tanpa belas dan memang aku tak mampu pun nak study subjek tu eventhough pada saat-saat terakhir sebelum exam bermula. jadi abaikan sahaja takdirku dengan result bagi subjek tersebut. bagi subjek-subjek yang lain pula, ya takat mana yang aku berjaya dan sempat study, itulah yang aku dapat. tak expect cemerlang dapat cemerlang, yang expect cemerlang tak dapat cemerlang, YA begitulah kehendakNya. aku pun taktahu apa yang Dia tetapkan untuk aku. nak atau taknak terima. AKU TERIMA JE SEADANYA. walau dah terburai jugak ayaq mata~ im crying for nothing. :)

p/s - I just dont felt that was great to accept the way it is for me.. i dont feel happy and i also dont feel too sad. syukur jugak sebab takde kena repeat paper~ tapi pointer aku tetap jatuh~ 

for me, it is between my life and my death.. what it is all about that important of the getting the highest pointer i dont even get it right. its always made me felt that right now the more i gain my knowledge the more not worth it for me to get~ i just dont get this matter why it is so important now. i studying to get just about nothing, i spent all the money also just for not to get anything.. the more i study, the worst i get. now i really feel that it is not worth to go further in my study. i really get it into my nerve. i do really feel suck and down for this...really!

that's all of this! CHOU~

Thursday, July 5, 2012

Boleh tak jgn nak physcho aku? epic ok

ok hai..bertarikhkan 4julai, nisfu syaaban, BUKU baru dibuka dan buku lama ditutup..
well aku nak bagitahu yang seminggu lepas aku dapat dengan gembiranya lesen..ha-ha-ha excited kan? ye well tak pun..BIASA je aku rasa...sebab? ye sebab empat tahun lepas supposely aku dapat lesen tu.. 

ha-ha-ha well.aku teringat waktu MULA-MULA aku mintak funny bila teringat well tak funny mana pun..tragis je.. nak tahu? ok kalu sape-sape yang taknak tahu boleh la tekan butang close ok.aku nak tulis ni pun bukan untuk semua orang tapi untuk sape-sape yang nak tahu.. 

bunyi nya macam begini. "umi, after aisyah exam SPM aisyah nak ambil lesen boleh tak?" dengan  penuh harapan dalam jiwa raga berharap aku boleh dapatkan selepas exam SPM.. well ha-ha-ha mesti kamuorang nak tahu jawapannye bukan? aku ringkaskan dan padatkan "tak boleh" "erm kenapa umi?" "......."  well so perasaan aku tidak mengapa plus burn...ye harapan tu je hanya harapan tahun 2008.. ;) smile and proceed to another year of my life... 

alhamdulillah selepas 4tahun tahun 2012 akhirnya proposal secara bayangan aku untuk dapatkan lesen tu berjaya.. "yeay, terima kasih :) " happy, hmm happyla takkan tak happy..so minggu lepas bermula la aku pergi dengar ceramah dekat METRO DRIVING ACADEMY kat puchong tu..

here we go, aku sampai sana dalam jam9.30 dan ceramah tu start tu jam11..janji jam10 tapi sejam lewat...nak mencarut boleh tak? dasar JANJI MELAYU.!! GRR~~...well selama 5jam tu adalah beberapa minit aku habiskan dengan tidur, dan beberapa minit aku habiskan dengan online..hehe ah! sumpah bosan...macam kuliah .. kenapa 5jam ? sebab kita orang habis jam4.. punyala aku taktahan NGANTUK...hahahaha...sebab orang tu cakap bahasa baku...DAN DUK ulang2 point yang sama... dan selama 5jam tu jugak hanya dua bab jer yang dia boleh habiskan..NAK MENCARUT! SGT LAME !

huh...hmm tapi oklah sebab ada jugak input. and the rest memang aku kena baca sendiri.. hmmm..TAPI point aku yang sebenarnya adalah..at awal kelas start, dia intro la diri dia sikit, n then dia pun cakap "ok sebelum kita mulakan kelas kita, biar saya tunjukkan sedikit video,tolong ambil positif ok.." kitaorang "ok" 

dua video yang dia tunjukkan adalah, nak tahu? nak tahu? nak tahu? FINAL DESTINATION yang ke berapa ntah yang kereta berlanggar satu jalan meletup tu, dengan satu video lagi yang mana CCTV berjaya rakam sebuah lori yang laju menghiris penunggang motor yang sedang berada di hadapan dia.. tau tak yang penceramah tu ulang dua video tu sebanyak dua kali...dia cakap lagi "amik positif ye"

hmmmm for me its epic.. ok... bukan itu caranya nak ajar aku bahaya nye jalan raya tu yang melibatkan nyawa...ok ye aku tahu tu aku tahu sangat2...dan semua orang pun duk mengingatkan aku perkara yang sama...boleh tak jangan physcho aku? maksud aku kat sini bukan tak boleh ingatkan aku..tapi kalu camtu la cara nak bagi peringatan..BAGUS xyah wujudkan MOTOKAR ~.. ok? yelah mati dan kesalahan yang menyebabkan kemalangan tu...well, boleh tak bagitahu aku bila peratusan statistik kemalangan dan kematian tu berhenti dan mula menurun?? epic ok epic..that way of lesson is epic.. dah la aku ngantuk ceramah 5jam tu..its mean BORING ok..

btw.. aku taktahu la bila yang manusia ni TAK MATI...everybody dies ok.. 
penceramah tu buat aku rasa macam kalu camni, bagus aku cari driver and bayar gaji dia and suruh dia je yang bawak aku pergi mana-mana... TAPI YELAH sama jugak kalu driver aku bukan kesilapan STILL JUGAK KEMALANGAN tu berlaku... 

YE aku dah dapat ok...ITS MEAN i really do need be careful ALL THE TIME..
I GET IT.. I GET IT I GET IT AND I GET IT..! 

see seriusly aku bosan ok.. 

oklah tu je sebenarnya chou!~ 
p/s = bila aku nak p test komputer ni? HEHEHEHEHE..

DAN sebenarnya aku tengah rasa YANG BAGUS LAGI AKU BELAJAR pasal kereta dulu..n THEN BELAJAR CARA BAWAK SECARA practical..N THEN BARU BELAJAR PASAL akta.. AKU BACA NI tak masuk masuk tahu..huuu~~ OTAK aku takboleh pickup!

Sunday, April 22, 2012

Tuesday, April 17, 2012

you hate me? wait up....!....erm who are u again??

someone a.k.a kawan aku telah mengpost benda alah ni as her/he status at fb... dan apa yang dia telah postkan tu telah berkali-kali-kali bermain dalam otak aku sebenarnya... nice word!! exactly the same as it appeared in my mind... so aku nak share sikit apa yang dah berkali-kali-kali main kat otak aku... dan mungkin korang pun pernah juga terlintas nak cakap benda ni kat semua orang especially orang yang suka sangat nak judge korang, kritik korang awal-awal, memburuk-buurkkan korang depan orang lain, tapi sebab tak berani/jaga hati kawan korang yang mulut takde insuran lebih tu, so solusi yang korang ambil..korang simpan je dalam hati korang dan pendam sependam-nya kan kan kan?? 

p/s = kenkadang dalam kehidupan ni kita perlu terus terang agar/supaya/sothat ORANG memahami situasi hidup kita dan juga yang lebih PATUT..mereka tak seharusnya buruk sangka pada kita..KENAPA PErangai kita camni, kenapa kita act. differently from others, kenapa kekadang kita neeed to be alone for a while and so on and on and on yang lain...

here it is the post;-
 
"Sometimes I don’t think I give people the chance to get to know me. I’ve never felt the need to prove myself to anybody. My mentality is, if they don’t like me then they can keep not liking me, I’m not about to go out of my way to get someone to like me. I will keep doing what I always do and if they so happen to end up liking me, then so be it. I never feel the need to go out my way for anybody who doesn’t like me because I don’t need to beg for friends. I have friends and some of them may come and go, but I will always find news one to replace them with. And they are people who will not judge me before they get to know me. So for me, personally, if people really are willing to judge me before they even speak with me then to them I say good riddance. I don’t need any of that, nor do I want any of that. "

percaya tak apa yang aku cuba sampaikan ni, sebenarnya bila korang pendamkan tu sampai korang kenkadang ter-menangis sorang-sorang 

dan disebabkan korang taktahu nak luahkan kat sape-sape dan sebab SEMUA ORANG pun takkan faham pun korang ni siapa yang SEBENARNYA then korang pun biar jela benda camni terpendam kaku dan terkarang dalam otak dan hati korang... erm betul tak apa yang aku cakapkan ni?? correct me if i'm wrong, no offense okai! hehe ^.^Y

ok korang jangan sedih-sedih kalu ada orang yang ikut suka hati nenek/moyang/datuk/belah mak tiri sepupu dua papat diorng judge korang dengan sesedap rasa je...chill dan bersabar...rilek dan tenang... always smile urself!!~~ bertahanla dgn orang2 yang cam gitu

biar la diorng nak kata apa-apa pun yang penting tekad/nekad/azam/usaha yang ADA DALAM HATI kita...JGN SEBAB DIORNG kita down and ter-physcho..

okai semua?????~~~

ok pesanan khidmat masyarakat ini dibawa khas oleh ecah MAK LABU (<--nickname makuda aku bagi, coi3x) 

ok~~chou!!

Saturday, March 3, 2012

Isi disebalik hati seorang wanita

Kenalilah wanita menerusi sifat semulajadi yang ada pada setiap wanita.

••► Wanita Sensitif
Wanita yang sensitif bukanlah bermaksud suka merajuk , tetapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

••► Wanita Cerewet
Wanita yang cerewet bukanlah fussy tak tentu pasal, kadangkala ,mereka ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala .

••► Wanita Halus
Wanita yang sifatnya halus ibarat sehelai sutera,cantik,mulus,lembut dan mudah tercarik dan koyak..walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam .

••► Wanita Ikhlas
Sifat keikhlasan seorang wanita tak perlu diragui .

••► Pengorbanan wanita
Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa,anak-anak dan suami..Wanita amat tabah .

••► Wanita Prihatin
Wanita sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

••► Wanita Manja
Walaupun seseorang wanita itu pandai berdikari, naluri seorang wnaita masih lagi tetap seorang wanita, suka bermanja hanya kepada insan yang bernama lelaki , namun juga sesama kaum .

••► Wanita Ego
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

••► Cinta Wanita
Cinta pertama bagi seseorang wanita biasanya adalah yang paling dalam dan tulus

••► Hubungan Seks Wanita
Hubungan seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal..Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu..Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkan .

► Hati wanita itu sepertinya kaca,mudah berderai namun mampu menghiris..
mudah mengikut dan mudah sesat...jadi tunjukkan jalan ALLAH yang sebenarnya wahai insan bernama lelaki...agar kami jadi yang terbaik sepanjang zaman ;)
ok! tu je chou~~

Monday, January 23, 2012

Buruk sgt ke DILAHIRKAN negatif?

YE.. kali ni topik gua sehangit hati gua.. ye gua punya hati kurang enak dan tak manis... well sindrom apa yang serang gua kali ni pun gua xtahu dan taknak amik tahu... pedulila!

persoalan-persoalan yang gua nak bangkitkan pada hari ini ialah ;-

buruk sgt ke kalu buat salah?
buruk sgt ke kalu IQ lembap?
buruk sgt ke muka tak cantik plastic doll korea?
buruk sgt ke tak tahu macam org lain tahu?
buruk sgt ke tak femes?
buruk sgt ke tak peramah?
buruk sgt ke penakut?
buruk sgt ke miskin?
buruk sgt ke jadi pembangkang?
buruk sgt ke kita ada pendapat yang tak sama macam org lain?
buruk sgt ke kita tak ikut org lain?
buruk sgt ke kita tak sokong macam org lain sokong?
buruk sgt ke jadi lain drpada yang lain?
buruk sgt ke ? buruk sgt ke ? buruk sgt ke ? kalu diri kita tak macam org lain?
buruk sgt ke tak jadi macam dalam demand org? 
dan buruk sgt ke kalu kita bertanya ni?

apasal kau menyibuk sini? haha

kenapa dalam kebanyakan org suka memburukkan apa2 yang bagi mereka rasa buruk? sedangkan benda tu tak buruk pun
bukan ke "the beauty is in the eyes of the beholder" 
bukan ke cantik itu SUBjektif?

buruk sgt ke keburukan2 yang mereka fikir tu?
haruskan buruk itu dihapuskan?
haruskan buruk-buruk itu tidak dipedulikan dan diendah?

mengapa pemikiran itu terlalu tertutup?
mengapa tidak diberi satu titik peluang perubahan dan tidak digilap dan dilatih?
buruk sgt ke sampai tidak mahu dipandang?
buruk sgt ke sampai tidak diberi nafas baru?
buruk sgt ke ???
why rejection can't be recycle?
why disposal can't b reused? 

ok ~~ just wanna make u think a bit? 
chou!!



Thursday, December 29, 2011

IT'S not MINE

tak nak cakap sampai berbuih..
tak nak campur..
tak nak jaga tepi kain..
tak nak tahu..
dan apa ape jela yang bukan penting untuk aku.. AKU TAK NAK AMIK PORT..

kau faham kan apa yang aku cuba cakap kan ni?
kau tahu tak kenapa aku amik keputusan ni..(bukan keputusan yang baru aku buat ..tapi this is the actually who i am .)

tak guna pun kalu nasihatkan ko tapi xnak dengar..
tak guna pun beringatkan ko tapi hati tu tak terbuka nak terima..
tak guna pun terjuih-juih mulut bagitahu ko tapi memang ko tak nampak sikit pun..

MEMANG TAK GUNA PUN cakap DAH KALU ko MMG TAK NAK FAHAM2KAN...
well kata-kata ni bukan bermaksud aku putus asa untuk menyampaikan sesuatu..
aku malas nak semakkan otak aku yang mmg dah penuh dgn perkara YANG HAMPIR SEMUA ORG  TAHU DAN 99% YG IGNORE..
cucuklah utk cuci taik telinga mereka..tapi kalu dah pekak tu PEKAK LAH juga.....
kalu dah mmg DARI sejak akar lagi mmg dah BUTA...bukalah camne pun kalu dah BUTA tu tetap kan BUTA jugak..

just beringat lah ....JANGAN SAMPAI APA YG KO KATA TU MENYEBABKAN KEADAAN BERTAMBAH LEBIH BURUK...dan lebih teruk akan MENYEBABKAN ORG LEBIH JAUH DGN KO...MENYEBABKAN ORG BERASA ANNOYING DGN KO..

mungkin ko rasa ko betul,..tapi KALU ORG LARI DARI KAU.. jadi ??...haha mmg tak kemana jugaklah pun penyampaian ko...so ingatlah kenapa aku taknak amik port...
BENAR ATAU SALAH bukan dalam tangan aku...

it all come from YOUR own..
FYI ..i know all the basic..and i just wanna see what people were doing around us.. and am still on the better road.. so dont u ever-EVER-EVER TRY to judge me what was wrong and what was RIGHT.. kau tak kenal aku dan jangan belagak macam DAH KENAL LAMA BERABAD.. that's is totally A wrong-minded


p/s= sekian dari tajaan guwe..sila jgn nak buat ANDAIAN SENDIRI TANPA BERTANYA...instinct ko tu bukan betul sgt..


Tuesday, December 13, 2011

Opinion

well dah lamanya sangat tak update blog aku..
sebab? aku malas, aku xde idea bernas, aku tak kreatif, aku suka melalut etc etc etc..and sebab paling2 utama..blog ni macam dah membosankan aku utk menulis..haha

today aku sebenarnya banyak kerja .TAPI MALASNYAAA dan xde semngat..padahal dua minggu lagi FINAL EXAM TAHUN 2 SEMSTER 1.. (SHIT! otak masih kosong and aku still wat tak kisah..*sigh) .student's life beb... sabtu ahad pun buat lab report, buat assignment.. haha actually depend on course yang kau amik.. kalu aku ni EVERY WEEK ADE LAB..then everyweek kau mmg akan ade benda yg nak kena settle kan...

that's why kalu kitaorg xde kelas/kelas cancel/lecture xde tu ibarat SYURGA SEMENTARA kat dunia ni..hehehe

ok ni sebab aku taknak update blog...lain yg aku nak cerita lain yg dikeluarkan... haha


opinion/pendapat/pandangan/'saya rasa"/ "bg saya"/ as far as i know...... etc etc etc..what ever the starting words is... it is all about what uve been thought all the way long in ur life...pendapat ni sebenarnya secara umum xde betul xde salah...sebab biasanya well said berdasarkan pengalaman masing2... dan tapi daripada sini jugak kita boleh tgk sebenarnya siapa yang mempunyai pandangan yg jauh atau pun cetek..."ketuk kepala, tyala apa yg boleh difikirkan dalam masa sesak" bagus pemikiran maka baguslah solusi/pendapat yg dikeluarkn...

tak setuju/tak serasi/tak sama... well ini semua common fight yg akan berlaku... masing-masing nak tegakkan kepala masing..masing-masing rasa betul pandangan mereka.. the facts.. is it 100% right pendapat korang tu?mmg kalu cakap pasal opinion tujuh hari tujuh malam pun tak settle, sebab tu PARLIMEN TU TAK PERNAH CUTI.. haha..masing2 ade cadangan...kalu tengok cara parlimen..bhahaha... u just cant tell what actually their have been talking about...they didnt even made any of them..talking talking talking till dooms day ... (ni bhgn politik la kan)...
aku saja nak ckp pasal ni sebab everybody has their OWN..

makin kita besar, makin jauh kita pergi, makin banyak pengalaman, makin banyak aktiviti, makin banyak cadangan /pendapat/ pandangan....semua pun utk kononnya tujuan murni..yelah... we think we know everything then we say about it to the world..for what? for making our life easier... yup semua org mengeluarkan pendapat agar hidup ini lebih memudahkan... SALAH SATU SEBABNYA LA...

tapi ade pula yg mengeluarkan pendapat HANYA utk kepentingan diri... hanya utk memudahkan diri sendiri dan paling kejam bila cadangan itu tidak adil dan tidak mengira manusia2/makhluk2 lain yang masih hidup kat dunia ni... well u know what I'm was about to say right? (aku xnak explain pjg2..malas..)

bukan senang nak keluarkan pendapat yang bernas2/yang boleh diterima semua pihak/ yang boleh didgri oleh org... well y've something to take care with. worth to kept save...ur own reputation...salah bagi pandangan/cadangan... it could make u a thousand days to forget that uve made mistake at people... salah cara/gaya/pendapat..haha cukup sekali tu jela yang kau boleh keluarkan...because??

u're playing role which involving others/which also involving community surround u..
nak keluarkan opinion dgn lantangnya pun bukan sesuatu yng mudah..haha ... kau rasa lah kan org boleh terima ke kalu kau melawak2/main2/gelak2/ ikut2 sukati je without thinking about risk yang bakal dihadapi?? ingat senang? of course not... kadang2 tu melibatkan nyawa manusia?? cthnya bekerja sbgi doktor..

kenapa aku bg cth doktor? erm sebab doktor mesti very particular, mesti concern, mesti well alert, dan lebih perlu BERHATI2..

haih giving an opinion is not the easy thing and it's play many role...
ade org rasa alah bg pendapat je.. takisahla seyes ke tak.. but actually opinion help people to make some decision... opinion give people another second thought..opinion give people facts.. opinion give people some experiences to be share with... etc etc etc...

so dont just says something which u ARE THE ONLY ONE think it was good and save and dont give any harm..but say sumthing that people can learn into it... AND PLEASE DO says SOMETHING THAT ALL PEOPLE CAN UNDERSTAND WHAT U WANT TO GIVE OUT FROM UR MIND..



SOOOO..INI PENDAPAT AKU LAH TENTANG PENDAPAT2...HAHAHAHA

sorry grammar macam HARAM...kekdang fed up aku dgn english ni..

Wednesday, August 3, 2011

you love i i love you

salam sweety dan hallos guys and evening sambil buat muka peace cikit korang semua


baiklah jugak kome belajar bagi habis dulu!


hurray! for the first time i had went watched BOLA sepak secara live haritu..selama aku hidup tidoklerr pernah-pernah aku nak enjoy tgk bola...asal bapak aku tukar channel aku chou...ngee..
bolasepak dan aku mmg tiada keserasian..always cerai talak lebih dari 3..

today punyer bebelan (blurrp..blurrp) aku nak give reason sahajak..reason super why l love u'olls my readers...muah3x arkk?!~ 
dah lama aku tak meraban.kalu korang suke, korang boley bace, dan try la komen-kemon ckit...kot-kot tetibe korang komen terkeluaq emaih seketui.. mana nak tau kan...kalu tak suke, chou senyap-senyap..ok :)

cakap pasal cinta semua org cam tahu giler cinta tu ape...so, aku nak tau jugak apelah yang korang faham?... bla bla bla ok noktah!..mulalah tu semua berpuitis habis...jiwang jugak ekau orang ni eh?...well meh mekchah bgtau definisi cinta = cinta itu suci, cinta tu hadir sejak lahir, cinta tu indah, cinta itu dimana orang mengorbankan segala jiwa dan raga eww rajin gile baq ang, cinta itu adalah satu pe'el dimana dunia yang ade world war III pun jadi indah macam surga dan masing-masing juga ibarat burung yang melayang-layang terbang diangkasa haha...cinta itu boleh buat org yang sedang bercinta senyum tak sudah-sudah sampai org yang dekat keliling dia dok pikir yang dia gila senyum sorang-sorang..semua pun terbayang...ah! cukup korang cukup...~~~ :)



"you don't love a woman because she is beautiful, but she is beautiful because you love her" -haha buta cinta nih... :)

kalu yang memang dah ade experience mesti kauorang punye excited habis nak report experience kauorang kan? ni itu ni itu... semua indah-indah belaka..semua orang yang dengar pun "ala, sweetnya kauorng ni" (padahal diorang tu semua jeles)..ada lagi itu siap ckp lagi kat pendengar "engko mane penah couple, engko ape tau" ceiittt.. (aku lah tu yang selalu kena,mentang-mentang lah aku takmacam korang... ah xpe!)
ko ingat couple tu cinta ke? meih mekchah baq kat hang..ko couple tu mmglah bercinta..tapi istilah yang lebih accurate and precise adalah cinta monyet..haha.. 

OK stop right there! aku adalah seorang yang masih single so, tak pernah ade pengalaman bercinta pon. experience pun memang tersgtlah "what can i advice?" hehe bapak kurang wa cakap sama lu...by the way single is simple kan kan kan? xde masalah nak gaduh kerh nak majuk kerh aperh kerh dan aku pun mmg belom ade interest untuk nak tukarkan mood single tu kepada in relationship...tapi kalu ade status to married with itu aku boley! haha.. -,-"

-Bagi korang yang pernah bercinta tu awek ke boifren korang mesti pernah tanye soalan "awak.awak boleh tak (honey) eww2 Bagi cepuluh cebab kenape awak cayang caye?" (geli aku -,-!)...Agak-agak kan ape yang korang akan jawab? ...moh-moh aku bagi sikit..kua3x..

1.caye cayang awak cebab... awak ni comel dan segala sifat-sifat mahmudah tu korang boley bagilah kat dia..ini semua pujian semata-mata..kalu time bercinta bagai nak rak ..ewahhh baq ang IKHLAS gile.yang si penerima pun dgn kembang kempis idung tahan shy-shy goat! :)

2.caye cayang awak cebab... awak ni penyayang...kalu kau korang nak tambah lagi selain drpd penyayang contoh caring ke..dalam beberapa saat aku percaya maka dapat la korang ayam kepsi seketul! :)

3.caye cayang awak cebab... awak tak pandang paras rupe caye yang burok lagi hodoh ni...tetibe yang hantu minyak jadi hemsem giler, yang sepupu alleycat jadi stylish habis yang hari-hari duk berkumur ayaq colgate boleh pi karoke sama-sama lagi.. dan2! :)

4.caye cayang awak cebab... awak ni pandai hormat caya.alamak aih,kat depan awak je cebenarnya,, kat belakang jumpa Dota,, mane ingat kat awak pun! :)

5.caye cayang awak cebab... caye tau awak boleh jadi mak@ayah yang baik untuk anak-anak saye nanti...hehehe yang ni memang tak boleh pi jauh-jauh, kemain semua pakat duk dukung anak depan bf/gf masing-masing konon mmg boleh jadi bapak/emak misailee...korang patut uji diorg dgn basuh lampin budak je ..tu diaa baru nampak mithali..

6.caye cayang awak cebab... mak caye memang dah berkenan kat awak nak jadi kan menantu.(Tu pon kalau mak korang dah berkenan lah kan.Kalau tak berkenan korang leh jawab "mak saye suruh cari pompuan@laki lain buat menantu die"

7.caye cayang awak cebab... hati caye ni dah terpahat,tersemadi,terwelding,terlekat dan segala ter-ter macam lah dgn  awak. yang ni Korang nak tulis sebab macam ni kene jujur.Kalau tak jujur aku syor kan korang boleh fikirkan sebab yang lain) haha..beware jangan tetibe ter-.l.a.n.j.u.r.  sudeyyh

8.caye cayang awak cebab... nanti dah kawen caye nak anak-anak caye semua comel@hensem macam mama@papa die.(Sebab yang last aku rasa ni korang jangan tiru ok..Ni aku je yang sesuai guna...LMAO!)


FYI semua yang bercinta monyet semua dah pelat mengalahkan adik-adik aku...eww2 whatthegeli! hahaha seronok korang ek bermanja-manjaan dgn ntah sape-sape tu, pasti ker tu jodoh kauorang? well shall we bet about that? ok yang ni aku bagi sikit jela... scebab mascam taksciuman je aku rasca csakap s scemua dah ilang...

psstt : eee kiteeewwww boleeeyywW lageewwW leerwW caykap ewWlowk2,, kiteewwW bukan mawcam licsa sughihani taoW2... :)


ok tu jer- chou!

Wednesday, July 20, 2011

asap kepul-kepul tu tak macho tau




hai+salam+annaeyong lembayong..

today punya topik..first aku nak kirim salam kat makcik abby (aku peminat dia kat Sinar f.m haha)kat tv tadi sebab "Malaysuck Hari ini" membentangkan tentang cerita pasal dadah.

Depa jemput pakcik kesayangan aku Dr fadzilah Kamsah, dr Ph.D, dan amuk.. serta juga beberapa pelakon+artis tambahan yang pernah mengalami betapa nikmatnya seksanya dadah tapi akhirnya berjaya berhenti menikmati indahnya syurga khayalan dunia..dan sudah lagi tidak menjadi bangkai hidup atau mayat bernyawa..haha..
bla ...bla...bla...

---> Cerita wa berkait gak ngan dadah..tapi MHI bincang ada dadah yang adalah bukan dari jenis dadah..haaaaaaaaaaaa?~~~.sebab? : ada people sampai ke tua diorg ni masih mampu+kuat+gagah dan bebas dari penyakit duk hisap dadah so tak bolehlah ia dikategorikan sebagai dadah ..haha ape tu? WDHal? why? "nikotin"....

Wa tya r miss goggle adik kesayangan wa...kilik sana kilik sini..wa dapat cerita wa bace r serbah-serbih (pagi2 wa biasa baca headline jer der bro)...sambil-sambil tu wa nak korang-korang-dan hah yang tengah berasap tu ..korang mai like nie "gaya hidup sihat" yelah kasi tambah semangat sikit kot boley tambah 'teko' berhasap kat kedai2 mamak 24/7/12/365..

Wa dulu keje sekejap kat restoran saje nak tambah kembung dompet.ngee...wa tgk lah kriteria-kriteria org lelaki melayu/cina/india tak kira tua/muda yang datang restoran mak jemah wa tu .timbul question mark kat kepala wa .."Apa r seronok sgt kecepuih-kecepuih asap tu?.kaya gile lelaki ni,.asal ade je duit bakor..asal bakor je ade duit ? sampai bakor dan duit dah tak dapat dipisahkan lagi
gudang garam XXX kotak /sehari. dunhill, malboro, dan etc bla bla bla ntah pape.

hey skeling,,hensem sgt ker kau dgn rokok tu?
Aku yang lalu lalang menghantar air-ais batu-makanan-sos-kicap rasa macam nak pasang kipas kasi hala segala hasap-hasap rokok tu masuk balik kat mulut depa.kekadang wa ade gak rasa nak hadiah kan 100 batang kumpulkan dan ikat then tolong suap kat mulut diorg then bakar haha...Asal jumpa kawan kat kedai mamak.sembang makan then sembang balik makan then makan sembang balik last punye last ketuk2 kotak.. keluar sebatang ..petik lighter puiiihhhhhhhh....fuhhhhh asapppp! =.=* derr+grr

bau? wa tanak ckp banyak.. wa sanggup tahan bau berak adik wa yang dalam pampers tu lagi. haha..
bibir? derrrrr...kalah belakang kuali kat dapur aku..
kuku? errr aku yang kurang protein ni cantik lagi..
badan? ermmm phening wa phening..

Bapak wa yang macho lagi prihatin siap pesan lagi awal2 kat wa.. "nak cari husband cari yang non-smoker dan cinta sejati pada alam sekitar.haha" kekadang wa cam terpikir kalu nampak je guy yg wa minat first question wa kena tanya "awak,awak merokok tak?" =,=* haha susah lah jugak nak jumpa skrg guy yg comel cam korea+cute+hensem+yang tak merokok...

wa pun rasa wa takde r nak bebel byk sgt kat member2 wa yg dah terlanjur terokok dah tertak boley berhentikan lagi, ni ade sikit lah tips kowt tetibe rasa bersalah dan dah nak mati baru insap nak berhenti merokok:
 
1. Lelaki boleh merokok,,sampai duit nak makan pun takde...(bagi awek2 cun disana jgnlah bazirkan umur kecunan..korang kena siasat sikit balak korang.haha)..

2. Bila dah batuk-batuk then makbapak hntrlah kauorg masuk hospital,x-ray paru-paru kaler dah sama anggun macam jalan tar, jangan duk insaf sgt la dan menyusahkan orang lain utk jaga korang kat lam hospital tuh.

3. bro! Merokok dalam gua sorang-sorang r. Asap tu jangan kasi orang lain sedut. Kau ingat asap rokok kau bau macam perfume Elizabeth @DKNY ker hah ??? ataupun lagi best ikat kepala sarung telangkup supaya asap anda shj yang merasa...

4. Nak merokok jangan duk pfuhhhhh! macam halau nyamuk sangat la. Berkepul-kepul. Biasanya kat kedai makan. Orang lain nak makan kau pergi sedut hembus-sedut hembus. Masuk dalam makanan tahu!!! Jadi perisa tambahan tembakau plak..bt the way:aku siap mintak kurangkan masin dah kat makcik tu td.

5. Lepas beli rokok, duit sama harga rokok tu sila masuk dalam tabung kami. Barulah takde bazir sangat. Sekurang kurangnya, lelaki boros pada diri sendiri tapi beringat pada orang tersayang.

6. Bila kahwin, jangan salahkan perempuan pasai pa tak dapat anak sempurna. Lepas tu cari asalan nak kahwin lain. woahh! Salahkan diri sendirila yg p bunuh sperma sendiri tu pasai pa. kan dah mati pucuk. haha.
Dear my Smokers friend, Please get a plastic bag and cover yourself whenever you want to start smoking to enable you to enjoy the smoke 100% fullness by yourself. I don't want any percentage of it nor do my friends who don't smoke. please kindly Don't kill me if you really want to kill yourself. 
Regards, Your Friend.

"they die young, they dont grow old"- ngeee kaya bini dia.

p/s : 1. Please support the keep-smoke-away Campaign.
2. Aku tetibe rasa cam nak jadi perdana menteri yang ketujuh nak: banned dan bakar semua kilang rokok dan arak dan segala waktu yang memudaratkan
3. pffftt nak awek ramai berhentilah merokok kerana gadis cute+comel mmg rasa eww-eww dengan jejaka kulit sayormatang yg dah berhasap kalah eksos lori balak...

Friday, July 15, 2011

alah mak jah oi...udah2la tu

alah mak jah oi...udah2lah jenguk tingkap org sbelah tu haa..

salam.sejahtera salam utk semua...

tajuk saya mmg ala-ala mengajuk nabil..hahah..(suke lawak dia - a.k.a yang ade sedikit moral value)...
ni mek cah nak bagitau kat mak jah...mak jah tak payah lah nak nengok2 guna ruangan tingkap mak jah sekeping tu ha... mak jah p masak tom yam sat pun byk paedah 99% tau..perut kenyang , hati pun senang,,. pas makan tidoq..lagilah heppy tau mak jah..hahahaha..

p/s = jgn suka jadi GG (gossip girl, gossip gays, gossip guys and what so ever the term is)
     = jgn suke jaga tepi kain org sgt.ok


mek cah nak baq mai..ok tu je
chou!

Tuesday, July 5, 2011

WATDE HAL yang lawak sgt tu?

"hahahahahahahahahahahahahahahahah....."

watdehal yg aku gelak byk sgt ni? ISH3X hitam hati nanti....sok sek sok sek....
ehem2.....senarnya.....bila aku letak BYK sgt H dan A ni...erm..BYK MAKSUD TERSIRat disebalik statement korang2 yg haha..cam ERMmm ******.....sebab aku xnak bagi KOMEN byk...sebab A.k.a aku nak jaga hati "MEMBER" la katakan....so i gantikan dgn gelak yg panjang...hahahahahahahahaha....so that xde sape yg gelabah terasa tetibe sgt ..n xde sape yg nak sakit hati sgt....kekadang ni mereka bukan xtahu..tapi mmg xnak tahu...

ok xnak ckp byk...".I.S.A" jgn sgt...

Monday, July 4, 2011

target..

nak cube dapat kan nissan 370z.....

bile?...............................HAHAAH(gelak besar yg panjang)...

pakai ape ? (AYAQ LIUQ)....


cantek ooo...sTYLE kowt!...harga RM300,000.00........aku nak warna EMAS pakai tyre rim colour OREN...hahaha...

ok tu jer...(ngantuk dah) CHOU..

Monday, November 2, 2009

2012??

PERNAH ANDA SEMUA DENGAR TENTANG INI???
Aku TELAH Melihat tarikh yang dikemukan...hmmm memang benar sama....tapi kesahihannya xdapat den ketahui...jika benar kun fayakun itu maka jadilah ia...tapi jika ini tidak maka tidak lah ia berlaku...
Adakah JUGA bolh dikaitkan dengan CERITA di panggung wayang mengenai hal ini?? Yang akan ditayang kan pada MASA terdekat ini...
Pabila gua lihat iklan mengenai filem 2012 tersebut...hmmm ia ada juga mengenai kehancuran dunia...hmmm siapa yang mengkaji aku pun xtaulah....

MESEJ NYA BEGINI................
Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
>>> dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan k ita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bag ita u pada 21-12-2012 planet X akan lin tas mai kat bumi ni)Adakah k ita semua ni tergolong dalam 1/3 tu........ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba k ita tengok hadis nabikat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...
>>>
>>>Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
>>>Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...." . Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari ping ita nnya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah te lin ga kalian. Jika
>>> kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
taktaula betoi ka dak....
HAH KALI ini kau telah terbaca sebuah BUKU... erm adik aku dapat Hadiah..hehehehe..depa tuyh semedang jer dapat hadiah...
YALAH keluarga cemerlangla katakan..
Begini kisahnya..

TAJUK:mengembara MENcari Ilmu...

TERSEBUT lah sebuah kisah apabila JABIR bin ABDULLAH r.a pernah berkata “saya telah memperolehi berita bahawa terdapat sebuah hadis NABI s.a.w pada seorang lelaki di kalangan sahabat nabi yang berda di syam.
JABIR bin ABDULLAH r.a telah berjumpa lelaki tersebut di Syam(kini dipanggil syria). Nama lelaki tersebut adalah ABDULLAH bin ANIS AL-anshaARI.
Kemudian JABIR berkata” saya ingin mendapatkan hadis NABI s.a.w yang ada pada engkau.. ENGkau dapat berita(hadis) mengenai kezaliman itu daripada RASULULLAH s.a.w sedangkan aku belum pernah mendengarnya..
ABDULLAH pun memberitahu bahawa dia mendengar RASULULLAH berssabda:
“ALLAH tabaaraka wa taala akan menghimpunkan para hamba(manusia)dan baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke SYAM- mereka dalam berkeadaan berkaki ayam, bertelanjang dan belum berkhitan(berkeadaan asli-murni)”
ABDULLAH berkata: “kami bertanya pada Nabi s.a.w...: apakah yang BERSamAnya?”
RASULULLAH s.a.w menjawab: “TIADA suatu pun bersama mereka.”
Maka Mereka akan diseru dengan SUATU SUARA yang dapat didengarnya sesudah itu dapat didengarnya dari dekat
“AKUlah MAHA RAJA, AKUlah (tuhan) MAHA mengGAGAHi.tidaklah wajar bagi seseorang penghuni syurga itu dapat memasuki syurga (dengan begitu SAHAJA). Dan tidaklah wajar bagi penghuni neraka menuntut(membela sebab) aniaya sehingga satu tempeleng.”
“dan tidaklah wajar bagi sesorang penghuni neraka itu memasuki neraka (dengan begitu SAHAJA) dan (seterusnya) tidaklah wajar bagi seseorang penghuni syurga menuntut (membela) aniaya sehingga dengan satu tempeleng.”
Kami bertanya kepada baginda, “bagaimana kami akan menjumpai ALLAH dalam keadaan berkaki ayam, bartelanjang dan belum berkhitan?’
Rasulullah menjawab”ialah dengan segala kebajikan DAN segala KEJAHATAN.’
RIWAYAT AL-BUKHARI< IMAM AHMAD DAN AL-HAKIM
Moral OF the STORY>>>>>>>>>
Sesungguhnya bekalan manusia pada hari akhirat nanti ialah HANYA IMAN DAN AMALAN KEBAJIKANNYA...
Wallahu’alam.........

GEDUNG setan!!

“dunia ini GEDUNG SYETAN,,,maka jangan kamu mencuri sesuatu dari GEDUNG itu! Kerana SYETAN itu akan mencuri yang dicuri itu dan yang dicurinya itu adalah KAMU”...-YAHYA bin MUAdz

MORAL OF THE WORDZZZ...
Jangan terlalu sgt mengejar kemewahan...sesungguhnya harta yang banyak itu akan menyusahkan kamu dan seterunya setan itu akan terus Menggoda KAMU ke lembah JAHANAM......melainkan mereka YANG melakukan KEBAJIKAN...mean Gunakan harta untuk keperluan ataupun fi sabillillah...