Showing posts with label Dia. Show all posts
Showing posts with label Dia. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Puas

Aku puas,
Aku puas dengan apa yang aku dah buat,
Dan aku puas dengan apa yang aku dah dapat,
Aku puas dengan apa tangan dan kaki yang sedang berkhidmat,
Dan aku puas dengan kehidupan yang aku dah buat,

YA! aku PUAS!
Aku puas diatas nikmat yang diberi,
Aku puas dengan cabaran yang dihuluri,
Aku puas dengan hati sendiri,
Dan puas dengan segala-gala yang mengelilingi diri ini,

Tiada apa yang perlu aku runguti,
Tiada apa yang perlu aku sesali,
Hanya tinggal masa utk pergi,

Ya! Aku puas dengan duniawi,
Duniawi yang dikejari,
Untuk akhirat yang hakiki,

Apa lagi yang tidak mencukupi?
Nikmat yang sedikit?
Kekayaan yang tidak pernah ada?
Makanan yang kurang disenangi?
Sahabat yang pentingkan diri?

TIDAK. 
Semua itu akan senantiasa ada,
ADA sebagai kafarah dosa lalu.

Dimana kepuasan?
Carilah wahai teman,
Carilah wahai sahabat,
Carilah wahai musuh sejatiku,
Tidak perlu yang jauh, cukuplah sekadar yang ada sehasta,
Carilah ia melalui mata,
Mata apa?
Yang pasti bukan mata yang ada dikepala kita,

DAN KINI AKU,
PUAS,
Luas,
Bebas,
Aman :)

"Dear The Keeper of Paradise,
Please reserve some place for me. Ya ALLAH amen44x.
if I disobey You, please punish me,
Ya ALLAH, please forgive me YA ALLAH. Ameen44x"

p/s –SYUKUR, ASTAGHFIRUALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILAALLAH, yang tidak faham, just read it slowly and carefully :) :) :) 

ok tu je kot! chou~ 

Tuesday, June 11, 2013

Kosong-kosong

Assalamualaikum, 

Aku tak tahu nak cerita apa untuk entri kali ini.
Banyak cerita yang menarik-menarik aku nak bagitau. Tapi macam tersangkut pulak dalam kepala. Banyak sangat hal duniawi aku nak kena selesaikan dahulu sampai nak kena KIV dulu kisah teladan dan pengajaran.

Well.
senyum-senyumlah selalu. Apa-apa pun sang dunia kata pada kita itu bukan pencapaian dan keutamaan kita di dunia sementara lagi fana ini. 

Mungkin saat di dunia, berdekad kita bernyawa, penghinaan dan cacian sudah jadi sebatian dalam hidup kita. siapa lebih tahu, mungkin itu Ujian. Ujian bagi pendekatan diri kita pada Dia. 

Terkadang kita tersedu sendiri, terkadang kita berjaya mengawal sendu dan sakit. terkadang juga kita terjatuh. 

Namun yang kuat tetap akan beringat. Ingat pada siapa? yang Mencipta Bumi dan segala isiNya, yang mencipta makhluk yang sekecilnya sehingga sebesar bulat Matahari yang nun jauh disana.

read carefully

Orang kata "ikut sahaja, mungkin ada hikmah disebalik ketentuanNya",maka kita pun cuba untuk ikut sahajalah~

p/s - aku pening. 

ok lah tu je kot. chou~~