Di dalam tubuh manusia ini, telah terdapat 2 jenis penyakit hati...sebelum kita pergi ke jenis-jenis penyakit hati, mari kita lihat dan mengenali serta mencari penawar kepada penyakit ini, marilah sama-sama mengenali supaya dapat memudahkan kita mencari penawar kepada penyakit ini.
JENIS PERTAMA
penyakit ini merupakan penyakit yang tidak dapat dirasai sakitnya seperti kita semua mengalami sakit perut, kepala dan sebagainya. Penyakit ini tertumpu kepada penyakit yang bersifat kerohanian seperti nafsu syahwat, ragu-ragu dan sebagainya.
Penyakit ini lebih parah berbanding mereka yang mengalami penyakit hati yang lain. ini kerana mereka yang mengalami penyakit ini, tidak merasai kesakitannya kerana ini melibatkan dari sudut aspek kerohanian.
Penyakit ini tiada ubatnya melainkan mereka yang mempunyai penyakit ini berusaha mengubati penyakit dengan kembali kepada jalan yang lurus seperti memohon taubat kepada Allah SWT atas keterlanjuran yang dilakukan, melakukan amal jariah dan memperbanyakkan sedekah serta amalan-amalan yang lain.
JENIS KEDUA
Penyakit dari jenis ini boleh menyebabkan emosi seseorang dari terganggu. ini dapat dikesan melalui perlakuan seperti cepat marah, suka bersedih, susah hati dan sebagainya.
Dari segi penawarnya, dengan melakukan cara seperti terapi. Ubat-ubatan ini hanya dapat mengawal atau mengurangkan tetapi untuk menghilangkan secara seratus peratus, maka ianya bergantung kepada kesediaan pesakit itu sendiri.
Penyakit ini apabila dibiarkan akan menyebabkan kesan yang negatif kepada individu. Sebagai contoh, apabila tubuh berasa kesakitan, maka yang akan kena tempiasnya adalah hati. bagitu juga apabila hati sakit, badan juga akan merasakan kesannya.
Justeru apabila sifat pemarah ini sembuh, maka pesakit tadi tidak akan menderita kerana ianya telah mendapat penawar daripada bekalan iman yang mencukupi dan dimana Allah telah menegaskan dalam surah At-Taubah ayat 14-15, Allah telah menyeru kepada orang yang beriman supaya memerangi musuh..
Al -Quran sebagai penawar kepada penyakit hati
Sebagai umat islam, kita tidak perlu berasa ragu tentang penyakit hati yang dapat disembuhkan atau tidak. Allah sendiri telah menjelaskan di dalam al Qur'an dan kita sebagai hambanya tidak perlu ragu kerana kekuasaan Allah dan Kebesaran Allah telah meliputi seluruh alam ini.
Allah telah menegaskan dalam surah Yunus, ayat 57:
Allah berfirman" Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) di dalam dada."
Dan apabila suatu penyakit hati ini dapat disembuhkan, Allah sekali lagi telah menegaskan dalam al Qur'an surah al Isra' ayat 82:
"Dan kami turunkan al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman"
Mereka yang beriman kepada Allah, nescaya mereka percaya bahawa al Qur'an merupakan penawar yang paling mujarab dalam menyembuhkan penyakit hati ini. selain itu, al Qur'an juga merupakan kitab yang dapat menyelesaikan segala permasalahan di dunia asalkan mereka semua menjadikan al Qur'an sebagai tempat rujukan dan sebagainya.
Kepada mereka yang mengkaji isi al Qur'an, sudah tentu mereka tidak menyamakan al Qur'an itu dengan buku-buku ciptaan manusia. Di dalam buku ini, hanyalah sekumpulan idea manusia tetapi di dalam al Qur'an sendiri, ianya mengandungi segala masalah di dunia dan cara menyelesaikannya.
p/s: sebarkan ilmu itu walaupun 1 ayat sekalipun. untuk kebaikan semua...
No comments:
Post a Comment
terima kasih diatas sokongan anda